.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Ahad, 15 November 2009

..::Senarai SABK di Kedah::..




SMA FAUZI (KFT9002)
Yan Kechil
06900 Yan
Kedah Darul Aman
Tel: 044475491
Fax: 044655486
E-Mail: smafauzi.ppdkmy@gmail.com


SMA Saadah Al-Diniah AL-Islamiah (KFT9001)
Sg.Limau Dalam
06910 Yan
Kedah Darul Aman
Tel: 047694233
Fax:
E-Mail: smasaadah.ppdkmy@gmail.com

SMA Makarimul Akhlak (KFF2002)
Langgar 11
06500 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Tel: 047876193
Fax: 047876193
E-mail: kft2002.ppdkotasetar@gmail.com

SMA AN-NAJAH (KFT8001)
Titi Gantung
09100 PULAI Baling
Kedah Darul Aman
Tel: 044721044
Fax:
E-Mail: sabkannajah@ppdbalingsik.net

SMA NAHDZAH (KFT3001)
Batu 12 Bukit Besar
06800 Yan
Kedah Darul Aman
Tel: 047691055
Fax: 047692341
E-Mail: smanahdzah.ppdkmy@gmail.com

SMA PEKAN GURUN (KFT3003)
Jalan Raya Gurun
08300 Gurun
Kedah Darul Aman
Tel : 044686941
Fax: 044686941
E-Mail : smapg.ppdkmy@gmail.com

SMA IRSYADIAH (KFT0001)
Kg Pondok Ampang Jeneri
08320 Sik
Kedah Darul Aman
Tel: 044646195
Fax: 044646195
E-Mail:

SMA SG.PETANI(KFT3002)
D/A SMA BEDONG
08100 Sg. Petani
Kedah Darul Aman
Tel: 044582094
Fax: 044501122
E-Mail: smasp.ppdkmy@gmail.com

SMA NURUL ISLAM(KFT4002)
06150 Ayert Hitam
Kedah Darul Aman
Tel: 047940686
Fax: 047943568
E-Mail: nurulislam@ppdkubangpasu.net

SMA DARUSSAADAH(KFT2001)
Titi Besi
06150 Kepala Batas
Kedah Darul Aman
Tel: 047143661
Faz: 047143661
E-Mail: kft2001@ppdkotasetar@gmail.com

SMA HIDAYAH AL-ISLAMIAH(KFT4001)
Batu 10, Alor Biak
06510 Air Hitam
Kedah Darul Aman
Tel: 047945961
Fax: 047942743
E-Mail: hidayah@ppdkubangpasu.net

SMA ISLAHIAH
Kg Dingin Mahang
09500 Karangan
Kedah Darul Aman
Tel: 044170054
Fax:
E-Mail:

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ABIDIN
Kg Ceruk Manggis
06720 Pokok Tai Pendang
Kedah Darul Aman
Tel: 044619697
Fax:044619696
E-Mail: smata.ppdppt@gmail.com

MADRASAH DARIL IKTISAM(KFT7001)
Batu 28 1/4 Jalan Padang Sanai
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Tel: 047864875
Fax: 047864157
Email: smadariliktisam.ppdppt@gmail.co

Read More..

Isnin, 9 November 2009

..::Tahniah SABK Fauzi Yan dan SABK Yang Lain::..



Anugerah Kualiti SABK!




Pentadbir SMA Fauzi bersama trofi kemenangan mereka.
Barisan Pentadbir SABK yang memenangi anugerah kualiti kelmarin



Semalam saya dan Us Ayob sempat memantau sekolah-sekolah yang dilanda banjir di daerah Padang Terap. Terdapat beberapa sekolah di daerah tersebut tidak dapat melaksanakan P&P kelmarin
8 November 2009- Bersempena dengan Perhimpunan Bulanan JPN Kedah bagi bulan November, SPI turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan anugerah kualiti SABK. Anugerah Kualiti SABK Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini mempertandingkan 4 aspek iaitu Kecemerlangan Akademik, Keceriaan,Kemesraan dan Keselamatan. SMA Fauzi,Yan diisytiharkan juara keseluruhan anugerah ini sekaligus berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh mereka pada tahun lepas. Turut mendapat anugerah ialah SMA Nahdah (Kecemerlangan Akademik), SMA Hidayah Islamiah (Keceriaan), SMA Irsyadiah(Keselamatan,Akademik dan Kemesraan) dan SMA Pekan Gurun(Akademik,Keceriaan,Kemesraan dan Keselamatan). Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Hj Shahidan b Abd Rahman,Pengarah Pelajaran Kedah.

Dipetik dari: http://blogsppimkedah.blogspot.com/

Read More..

Khamis, 5 November 2009

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

PENGENALAN

Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan semula oleh jawatankuasa khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.


KONSEP SABK

1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
2. Ditadbir secara bersama antara KPM dan juga LPS/JAIN.
3. Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan.
4. Kurikulum agama negeri dikekalkan.
5. Menerima pelbagai kemudahan dan bantuan.

TUJUAN DIDAFTARKAN SECARA SABK


1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran.
2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia.
4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan.

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

1. Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
2. Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa.
3. Menggunakan dwi- kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan).
4. Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM.
5. Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah.
6. Mempunyai bangunan sendiri.
7. Bangunannya dibina diatas tapak tanah yang berstatus wakaf.
8. Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan.
9. Bilangan muridnya melebihi 150 orang.
10. Tidak menanggung hutang.

KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK

1. Kelebihan Sekolah Agama

- Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah.
- Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah.
- Menerima bantuan insentif (SAR sahaja) setelah memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani.
- Jawatan hakiki diwujudkan.
- Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi.
- Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan.

2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan

- Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan.
- Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan.
- Berpeluang mendapat kenaikan pangkat.
- Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan.
- Berpeluang mengikuti kursus iktisas.
- Berpeluang melanjutkan pelajaran.
- Berpeluang untuk ikut serta dalam akyiviti KPM.

3. Kelebihan kepada murid

- Berpeluang mendapat bantuan.
- Berpeluang bersaing dengan murid- murid di sekolah aliran perdana.
- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik.
- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM.
- Berpeluang mendapat pendidikan yang LEBIH berkualiti.

CARA MEMOHON

1. Menghantar surat permohonan dan saliran keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau Pihak Berkuasa Agama Negeri kepada Bahagian Pendidikan Islam.

2. Menghantar profil sekolah, senarai nama ahli Lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan sijil pendaftaran sekolah yang disahkan.

3. Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dikemukan oleh KPM.

4. Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM.

5. Menandatangani dokumen MoU.

6. Mengisi borang pendaftaran.

JENIS-JENIS BANTUAN YANG BOLEH DIBERIKAN KEPADA SABK:

1. Bantuan Perkapita Mata Pelajaran

2. Bantuan Perkapita Bukan Pelajaran

3. Bantuan Yuran Khas

4. Bantuan ko-kurikulum

5. Bantuan Aset

6. Bantuan Pakaian Seragam

7. Bantuan RMT

8. Bantuan Pembangunan

9. Bantuan Buku Teks

10. Bantuan Pembaikan Kecemasan

11. Skim Baucer Tuisyen

12. Bantuan KWAPM

13. Bantuan Biasiswa

14. Bantuan Makan Asrama

15. Bantuan Peralatan PPSMI

16. Bantuan Utiliti

17. Gaji dan elaun guru serta kakitangan

18. Bantuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Dan Pembersihan Kawasan

Read More..

Selasa, 27 Oktober 2009

..:: NAIK TARAF STOR SMAMA ::..


28 Oktober 2009, Projek naik taraf Stor SMAMA telah siap dengan menelan belanja sebanyak RM1880.00 termasuk pengubah dan memasang semula ampaian. Projek naik taraf ini dibiayai oleh Jemaah Pengurusan SMAMA. InsyAllah penambahbaikan akan terus berjalan bergantung kepada dana JPS.






SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:

NO AKUAN JPS SMAMA:02011010084242 (BANK ISLAM)

ATAU TERUS KE

SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAKARIMUL AKHLAK,
PONDOK TUAN GURU HAJI ABDULLAH KECHIK,
LANGGAR 06500, ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.

NO PHONE DAN FAX: 04-78769193
NO RUMAH: 04-7876933

Read More..

..:: Berakhirlah Imtihan SMRA dan STAM ::..


Assalamulaikum..Hari ini tanggal 27 Oktober 2009 berakhirlah peperiksaan bagi pelajar yang mengambil SMRA dan STAM, Jemaah Pengurusan Sekolah mendoakan agar kalian berjaya dengan mendapat keputusan yang cemerlang dan insyAllah dengan kejayaan tersebut akan menjadi bekalan untuk kalian menjadi da'ie di bumi yang fana ini...






JPS mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar dari Sek. Men. St Micheal dan Sek. Men. Hutan Kampung kerana mengendalikan (Pengawas) peperiksaan STAM serta Sek. Men. Agama Islah dan Sek. Men. Agama Sidiqiah kerana mengendalikan peperiksaan SMRA, semoga Allah membalas segala jasa baik anda semua..



"Teruskan perjuangan anak-anak sekalian..." Wassalam.

Read More..

Rabu, 14 Oktober 2009

..:: ANTARA PROJEK NAIK TARAF YANG TELAH DILULUSKAN::..



JPS SMAMA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT TERUTAMA KPM, JPN, SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM DAN PPD KOTA SETAR DALAM MENJAYAKAN PROJEK NAIK TARAF SMAMA SEHINGGA SELESAI. KAMI DIFAHAMKAN OLEH TUAN PENGETUA BAHAWA SEMUA PROJEK NAIK TARAF DI SMAMA SUDAH BERAKHIR DAN TIADA LAGI PROJEK NAIK TARAF SELEPAS INI KERANA SEBAB-SEBAB TERTENTU, NAMUN BEGITU JPS SEKALI LAGI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DI ATAS SEMUA SUMBANGAN YANG TELAH DIHULURKAN.. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA..

INSYA'ALLAH SEMOGA SMAMA AKAN TERUS MENDAPAT BANTUAN DAN SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI ATAU BADAN-BADAN YANG IKHLAS DAN SUDI MENGHULURKAN..
SEKIAN.. WASSALAM.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:

NO AKUAN JPS SMAMA:02011010084242 (BANK ISLAM)
ATAU TERUS KE
SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAKARIMUL AKHLAK
PONDOK TUAN GURU HAJI ABDULLAH KECHIK
O6500, ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.
NO PHONE DAN FAX: 04-78769193

Read More..

Ahad, 4 Oktober 2009

..::Jamuan Rumah Terbuka Pengerusi JPS Di Pagi 1 Syawal::..


Salam satu syawal “macam satu Malaysia ja..” hehe..Assalamualaikum.. antri kali ini memaparkan kemeriahan rumah terbuka Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Makarimul Akhlak yang diadakan pada 1 Syawal 1430.

Majlis rumah terbuka kali ini berjalan dengan jayanya.. Juadah yang enak menggamit selera tamu yang hadir, turut mengundang seisi keluarga…


Saling bermaaf-maafan, pada salah dan silah pohon dipinta, agar pagi Syawal lebih bermakna… yang jauh kita dekat-dekatkan dan yang dekat kita rapat-rapatkan.. semoga pertalian ukhuwan ini berpanjangan dan diredhoi Tuhan..


Selamat menjamu selera dan jamahlah apa yang ada… setelah selesai solat hari raya, para makmum seperti adat pondok.. akan turun menziarahi rumah terbuka Tuan Guru terlebih dahulu sebelum pulang atau menziarahi rumah sanak saudara yang lain…

Hayatilah detik-detik kemeriahan ini….

Amboi.. Ust Musa hensom bergaya macam belum berpunya, tapi sapa sangka dah anak tiga..hehe..


Ramainya anak muda... mereka ini bukan orang lain.. semuanya cucu cicit kerabat pondok Hj Abdullah kechik la...


Tetamu bersilih ganti....



Inilah Maklong Hajjah Juriah Binti Haji Mohd Zain Isteri Tuan Guru, walaupun berkerusi roda.. tetap bersemangat melayani tetamu..


Antara tetamu perempuan yang hadir..


Keluarga Ust Musa Jayyid..


Keluarga Ust Mumtaz Juhdi...



Dari kiri Encik Mubarak Jiddan dan Ust Mujahid Jadd..


Marilah sama-sama kita berdoa moga-moga puasa kita, ibadat kita serta semua amalan kita dimaqbulkan oleh yang maha Esa.. amin yarabb.. Isya’Allah detik kemenangan kali ini, adalah kemenangan yang hakiki.. semoga kita bertemu lagi di satu pagi di aidil fitri.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin daripada Kerabat Tuan Guru Haji Abdullah Kechik.. Sekian wassalam..

Read More..

..::Solat Hari Raya Aidil Fitri 1430::..



اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ….
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ….
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَق
اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْتُ وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ أَنْتَ إِلَهِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Ramadhan telah kita lalui, pada hari ini umat Islam di seluruh dunia merayakan kemenangannya. Gema takbir, tahlil dan tahmid berkumandang dimana-mana, di seluruh  alam semesta ini,bersatu padu dalam irama membesarkan Allah, memuji dan mensucikan-Nya, sebagai ungkapan rasa syukur atas nikmat telah Allah anugerahkan, terutama dapat meraih kemenangan di hari yang fitri ini. Mengungkapkan syukur atas hidayah dan inayah Allah yang begitu besar karena telah berhasil mengikuti rentetan ibadah pada bulan Ramadhan sebagai jaminan untuk mendapatkan ganjaran dan ampunan.


Pada syawal 1430, Madrasah Makarimul Akhlak menyempurnakan tuntutan ibadah solat hari raya berjamaah, solat hari raya aidil fitri kali ini ditunaikan pada jam 9 pagi diimani oleh Tuan Guru Sheikh Mohamad Bin Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Kechik. Manakala khutbah dibacakan oleh Ust Mumtaz Juhdi yang bertajuk "Amanah"

Alhamdulillah. Solat hari raya aidil fitri pada pagi syawal ini dihadiri kira-kira hampir 100 orang makmum terdiri daripada warga pondok dan penduduk sekitarnya...
Semoga solat hari raya kali ini diterima dan mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah S.W.T amin..

Read More..

Isnin, 28 September 2009

..::PEKELILING BIL 1 (Etika Pakaian)::..

JEMAAH PENGURUSAN SMA MAKARIMUL AKHLAK (JPS)

PONDOK HAJI ABDULLAH,

06500 LANGGAR, ALOR SETAR.

Pekeliling bil: 1 -07/02/001 (pekeliling)- berkuatkuasa 8 Syawal 1430 H / 27 September 2009

( Pemerkan pekeliling ini di tempat yang mudah dilihat di kawasan sekolah)



PERATURAN UMUM UNTUK WARGA DAN TETAMU SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAKARIMUL AKHLAK


TUJUAN:
Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menetapkan etika pakaian dan batasan yang sesuai dan kemas dipakai semasa berada di kawasan sekolah ini berpandukan ketetapan syarak(Perundangan Islam).



ETIKA PAKAIAN LELAKI:


Wajib menuntup aurat.
Digalakkan memakai kopiah/songkok.
Dilarang memakai baju tanpa lengan.
Dilarang memakai baju bercorak kurang sopan.
Dilarang memakai seluar pendek.



ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN:

Wajib menutup aurat.
Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang.
Baju mestilah labuh dan longgar.
Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan.
Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali.
Wajib memakai sarung kaki.
Dilarang memakai kasut yang berbunyi.


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36}

Sheikh Mohamad Bin Abdullah
Pengerusi Jemaah Pengurusan,
Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak.
Tarikh: 27 September 2009

Read More..

Sabtu, 26 September 2009

..::MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JPS DENGAN KERAJAAN MALAYSIA::..


Untuk melihat paparan besar fungsi dan tanggungjawab JPS tersebut sila klip 2 kali pada gambar yang tertera, sekiranya gagal sila maklum segera kepada admin Blog JPS di mumtaz_smama@yahoo.com .

Read More..

..::FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JPS::..

Untuk melihat paparan besar fungsi dan tanggungjawab JPS tersebut sila klip 2 kali pada gambar yang tertera, sekiranya gagal sila maklum segera kepada admin Blog JPS di mumtaz_smama@yahoo.com .

Read More..

Ahad, 21 Jun 2009

..::Projek Pembaikan NaikTaraf Bilik Mandi Pelajar Asrama Putera::..

Pada tanggal 10 April 2009, satu projek pembaikan naik taraf Sek. Men. Agama Makarimul Akhlak telah diluluskan oleh pihak kerajaan bagi merialisasikan hasrat kerajaan untuk membantu sek agama rakyat, sebuah syarikat bumiputera iaitu Cergas Donia telah diamanahkan untuk menjayakan projek naik taraf tersebut.

"Tapak pembinaan sebelum dinaik taraf"

"Ust. Mumtaz Juhdi selaku s/u pembangunan sek sedang berbincang dengan kontraktor syarikat Cergas Donia sebelum kerja naik taraf dijalankan"
"Konkrit telah siap untuk proses naik taraf"
"Counter tub basuh baju"
"Kolah Mandi"
InsyaAllah untuk paparan akan datang, kita akan masukkan semua gambar projek yang telah disiapkan.., tunggu..! wassalam..

Read More..

Rabu, 20 Mei 2009

..::Majlis Maulidurrasul SAW dan Akikah Cicit Alllahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Yusuf::..


Pada tanggal 9 MAC 2009. Pondok Tuan Guru Haji Abdullah, Madrasah Makarimul Akhlak, Langgar telah menyambut majlis maulidurrasul S.A.W dan sempena sambutan yang mulia itu turut diraikan majlis akikah Cicit kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah.

Sempena akikah tersebut.. Nama cicit Allahyarham turut diberi iaitu Mohamad Mumtaz Ahwaz Bin Mumtaz Juhdi Bin Mohamad Bin Abdullah.

Berbaju batik beliau adalah Musa Jayyid Bin Mohamad cucu sulung kepada anak yang sulung Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah. Beliau Bersama anak bongsunya bernama Aqil Jayyid.

Sheikh Mohamad Bin Abdullah bersama cucu beliau yang ke5 iaitu Mohamad Mumtaz Amsyar Bin Mumtaz Juhdi.

Antara AJK JPS yang turut hadir memeriahkan majlis..



Majlis diberkati dengan bacaan tahlil dan marhaban, alhamdulillah sungguh meriah, moga-moga mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT. amin...


Majlis menutup tirai dengan meraikan para tetamu, warga pondok dan pelajar-pelajar menjamu selera.. alhamdulillah majlis berjaya menumbangkan dua ekor kambing dihidang bersama nasi daging kuah acar.. hasil sumbangan warga pondok Tuan Guru Haji Abdullah..
Sekian Wassalam..

Read More..

Ahad, 3 Mei 2009

..::BACAAN SESEORANG UNTUK MENGUBATI DIRINYA SENDIRI::..

SHEIKH IBRAHIM AL-KATAANI-sekadar gambar hiasan.

Letakkan tangan anda di bahagian tubuh badan yang sakit dan bacalah,
1) بسم الله

sebanyak 3 kali.

2) أعوذ بالله وَقُـْدرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

"Aa'uzubillahi, waqudratihi min sharrimaa ajidu wa uhaaziru"
sebanyak 7 kali.

Read More..

Isnin, 27 April 2009

..::PELAJAR SMAMA TEKUN BELAJAR::..





" رواة العلم كثير ورعاته قليل"
PERIWAYAT ILMU ADALAH RAMAI, MANAKALA YANG MEMELIHARA ILMU AMATLAH SEDIKIT..SAIDINA ALI R.A


Read More..

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir