.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Isnin, 17 Oktober 2011

Antara Kemudahan Di Sekolah


 PERPUSTAKAAN SEKOLAH
















Read More..

Rabu, 5 Oktober 2011

Promosi Sekolah

 PROMOSI DI KEPALA BATAS, PENANG




 AREA MASJID AMAN KUALA KEDAH

 MASJID ANAK BUKIT
JALAN STADIUM
SHAHAB PERDANA , ALOR SETAR. 
 LANGGAR
    
SEMOGA USAHA MURNI INI MENDAPAT GANJARAN DAN KEBERKATAN DARI ALLAH SWT.

Read More..

Proses P&P


KELAS TINGKATAN SATU HASAN AL-BANNA




 KELAS TINGKATAN SATU SYED QUTUB



CARTA DAN JADUAL KELAS

Read More..

Isnin, 3 Oktober 2011

Dapatkan Borang Pendaftaran Pelajar Baru Sekarang...!!!

 Sila Klip Borang Di Bawah

Borang Kemasukan Pelajar Baru Sesi 2012


  • Tarikh tutup pendaftaran pada 25 DISEMBER 2011.
  • Terbuka kepada 80 orang terawal sahaja.
  • Ujian penilaian adalah penentu tahap pencapaian sahaja. 
Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat di talian: 04-7876193 (Hari dan waktu pejabat sahaja)

Read More..

Isnin, 19 September 2011

Poster Pengambilan Pelajar Baru Sesi 2012

DOUBLE KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN SIZE

Read More..

Sabtu, 17 September 2011

Pendaftaran Pelajar Baru SESI 2012 (001)

Sejarah Ringkas

Madrasah Makarimul Akhlak, Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Kechik, ditubuhkah oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah pada tahun 1953, merupakan sebuah sekolah agama tradisi pondok di Daerah Kota Setar, Kedah yang menawarkan Sistem Pendidikan Bersepadu Sekolah Menengah Agama di mana kami menerapkan pendidikan Azhari, Tahfiz, Pondok, Akademik dan Teknologi Maklumat kepada semua pelajar.
Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Kedah(JAIK) Sijil Pendaftaran Sekolah Agama Islam telah diperolehi pada 9 APRIL 1985 bersamaan 19 REJAB 1405. Nombor Pendaftaran (5/73).
Sistem pendidikan kami adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK).
Penubuhannya juga adalah bagi memenuhi keperluan pendidikan dan salah satu alternatif kepada pelajar untuk mendalami ilmu dengan menjadikan Al-Quran sebagai asas pembelajaran.
Kami menawarkan sesi persekolahan dari Tingkatan 1 hingga 6 (PMR, SMRA, SPM, MUET, STAM, STA dan SHAHADAH).



Kurikulum

Kurikulum
Subjek Matapelajaran Ting 1 Hingga 3

1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sejarah·
4. Bahasa Inggeris
5. Sains
6. Geografi
7. Kemahiran Hidup
8. Pendidikan Islam
9. Bahasa Arab(K)
10. Tafsir-Hadis
11. Tauhid-Feqah
12. Al-Quran/Tajwid
13. Nahu/Sorof
14. Mutalaah/Insya’

Subjek Matapelajaran Ting 4 Hingga 5

1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sejarah
4. Bahasa Inggeris
5. Sains
6. Perdagangan
7. Tafsir-Hadis
8. Al-Quran-Tajwid
9. Nahu/Sorof
10. Pendidikan Syariah Islam
11. Pendidikan Al-Quran/Sunnah
12. Bahasa Arab(T)
13. Tauhid-Feqah
14. Mutalaah/Insya'

Subjek Matapelajaran Ting 6

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Fekah/Faraidh
4. Tafsir /Ulumhu
5. Hadith/Ulumuhu
6. Adab/Nusus
7. Arudh/Qafiah
8. Al-Quran/Tajwid
9. Usul Fekah
10. Tauhid / Mantiq
11. Nahu /Sorof
12. Insya’/Mutlaah
13. Balagah


Sijil Tahfiz (Sijil di bawah sekolah)

· Sijil diberi mengikut Juzuk :
· 5, 10, 15, 20, 25, 30

*
Sukatan pelajaran yang ditawarkan adalah mengikut sukatan pelajaran dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.

*
Sesi persekolahan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama seperti PMR, SMRA, SPM, MUET, SHAHADAH, STA dan STAM disamping memiliki SIJIL TAHFIZ (mengikut juzuk).


Syarat kemasukan
Bagi kemasukkan ke Tingkatan Satu:


* Tamat Darjah Enam bagi sekolah kebangsaan dan tamat Darjah Lima atau Enam bagi sekolah rendah agama atau setaraf dengannya.
* Umur tidak melebihi 13 tahun.
* Lulus ujian penilaian yang diadakan oleh pihak Sekolah.
* Berkebolehan membaca al-Quran.
* Berkebolehan membaca dan menulis jawi.
* Berkemahiran dalam bidang agama.

Bagi kemasukkan ke Tingkatan Dua hingga Enam:


* Berasal dari sekolah agama aliran Arab, Pondok dan Tahfiz.
* Bersih dari sebarang masalah disiplin.
* Berkemahiran membaca al-Quran.
* Surat sokongan dan pengesahan dari Pengetua sekolah terdahulu.
* Lulus peperiksaan PMR di samping mendapat sekurang-kurangnya pangkat C dalam subjek bahasa Arab dan Pendidikan Islam.(Tingkatan Empat dan Lima sahaja).
* Lulus peperiksaan SPM di samping mendapat sekurang-kurangnya pangkat 6C bagi subjek bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, dan Pendidikan Syariah Islamiah.(Enam sahaja).
* Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah terdahulu adalah diutamakan.


Cara memohon

* Dapatkan borang permohonan masuk yang dikeluarkan pada bulan November setiap tahun.
* Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna dan hendaklah dikembalikan sebelum tarikh tutup.
* Kehadiran Ujian Kelayakan/Penilaian pada tarikh yang ditetapkan adalah diwajibkan.

Kemudahan Infrastruktur
· Surau
· Kemudahan asrama
· Perpustakaan
· Kelas komputer
· Tapak permainan
· Stor Sukan
· Kedai mini sekolah
· Bengkel kemahiran hidup
· Telefon awam
· Dewan kuliyyah
· Dewan Umum

Panduan Kelengkapan Asrama/Sekolah


Kelengkapan Pelajar Di Asrama (disediakan oleh pelajar)

Pakaian
· 2 atau 3 pasang pakaian seragam sekolah
· 1 pasang pakaian seragam asrama
· 1 pasang pakaian sukan (t-shirt dan seluar sukan tanpa corak)
· 2 pasang pakaian solat (baju melayu / jubah / raihan)

Pakaian Tambahan
· 1 helai baju T berkolar (tanpa corak)
· 2 helai kain pelikat
· 1 helai kain basahan untuk mandi
· 2 helai seluar slack
· 1 helai tuala mandi
· 2 pasang kasut sekolah
· 2 pasang stoking
· 1 pasang kasut sukan

Keperluan Tempat Tidur Dan Alatan
· Sebuah bantal
· 2 helai sarung bantal putih / biru (tanpa corak)
· 1 helai selimut
· Tilam (boleh dibeli di sekolah atau sendiri)
· Almari (boleh dibeli di sekolah atau sendiri)

Peralatan Harian
· 2 baldi saiz sederhana
· 1 gayung mandi
· Bakul buku
· Beg sekolah
· Penyangkut Baju (hanger)
· Set mandian
· Selipar / sandal
· Bekas Sabun
· 1 pinggan dan cawan

Keperluan Sekolah
· Alat tulis
· Set Geometri
· Kalkulator Saintifik
· Al-Quran / Terjemahan
· Kamus (arab-melayu dan inggeris-melayu)

NOTA PENTING
· Setiap barang / peralatan hendaklah bertanda / mempunyai nama
· Setiap pelajar hendaklah menjaga peralatan diri sendiri dan bertanggungjawab terhadap hak orang lain.

Read More..

Isnin, 22 Ogos 2011

Istimewa Ramadhan...


Read More..

Rabu, 17 Ogos 2011


Read More..

Isnin, 30 Mei 2011

DDR BAKAL BANGUN SEKOLAH ANGKAT JADI KOLEJ PENDIDIKAN ISLAM

 JITRA, 29  Mei -  Keprihatinan dan keinginnya untuk melihat Sekolah Menengah Agama Makarimul  Akhlak (SMAMA), Langgar  setanding dengan instititusi pengajian Islam di negara ini  mendorong Presiden dR Group (dRG), Datuk Che Rozmey Che Din mengambil  sekolah  berkenaan sebagai ‘sekolah angkat'.

Sekolah yang  diasaskan pada tahun 1952 itu  melalui intitusi pengajian pondok  itu cukup terkenal di negeri ini dan berjaya melahirkan pelajar yang berjaya dalam bidang akademik termasuk menjadi ilmuan dalam pelbagai bidang.

Datuk Che Rozmey berkata SMAMA mempunyai potensi yang cukup besar untuk menjadi sebuah institusi yang disegani  di negara ini memandang sistem pengajiannya yang dijalankan menekankan kepada pembinaan modal insan dan sasiah mukmin sejati.

“Ini adalah salah satu  tanggungjawab sosial yang saya jalankan bagi memastikan sekolah ini dapat meneruskan tradisi kecemerlangannya selaras dengan misi pengasasnya yang ingin melihat madrasah ini menjadi destinasi pengajian terbaik kepada masyarakat dan anak bangsa.

“Tenaga pengajar dan barisan pengurusan sekolah ini begitu komitet dalam menjalankan tugas mereka kepada anak bangsa walaupun mereka terpaksa bergerak dalam keadaan serba kekurangan,” katanya ketika ditemui  selepas merasmikan majlis kesyukuran dan hari guru di sekolah berkenaan kelmarin.

Sekolah berkenaan yang turut dikenali sebagai  Madrasah Makarimul Akhlak atau  Pondok Tuan Guru Hj. Abdullah Kechik turut menjadi destinasi pilihan golongan dewasan dan warga emas  untuk menimba ilmu pengetahuan disamping melakukan amal ibadat dengan lebih sempurna di situ.

Che Rozmey berkata, selepas memantau sekolah dan mendapat maklum balas mengenai keperluan sekolah itu, dia terus membuat keputusan untuk menjadikan sekolah  terbabit sebagai sekolah angkatnya.

Read More..

Selasa, 10 Mei 2011

PAKEJ PERCUTIAN

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN SAIZ IKLAN

Read More..

Selasa, 3 Mei 2011

Sekitar lawatan ke Pattani Thailand Bersama Mudir SMAMA dan Baba Othman..

29 April 2011, Mudir bersama Baba Othman serta Ustaz-ustaz SMAMA telah mengadakan lawatan pertama ke beberapa buah Pondok di Pattani Thailand. InsyAllah rombongan kali kedua yang akan menyusul tidak lama lagi bersama Tuan Sheikh Mohamad bin Tuan Guru Haji Abdullah.

Read More..

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir