.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Isnin, 27 Ogos 2012

Jemputan Rumah Terbuka SMAMA 2012

Assalamualaikum.Kehadapan Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik... Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka & Meraikan Pelajar Lulusan Syahadah SMAMA yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Fayoum(Universiti Kerajaan Mesir) , Bertempat di Sek. Men. Agama Makarimul Akhlak, Langgar Alor Setar Kedah, Pada hari khamis 30 Ogos 2012 bersamaan 12 Syawal 1433h , Majlis bermula Jam 5petang. Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini.Terima kasih. Wassalam. Sebarang pertanyaan sila hubungi ust Mumtaz 0135920934.

Read More..

Rabu, 15 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa, Penghargaan dan Sumbangan Hari Raya

Ucapan Tuan Pengetua SMAMA

Read More..

DDR Prihatin Sumbang Penapis Air Terawat Dunia


 Warga SMAMA telah menerima sumbangan Penapis Air Terawat Dunia dari DDR, Alhamdulillah kini pelajar dan warga SMAMA dapat menikmati air minuman bersih dan berubat baik untuk kesihatan. Pengetua SMAMA hari ini melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih mewakili warga SMAMA di atas sumbangan ini, katanya lagi, "hanya doa dan Allah sahaja yang mampu untuk membalas segala jasa baik beliau (DDR) & Group".

Read More..

Selasa, 7 Ogos 2012

Santapan Beradab Bersama Baba, Tuan Guru dan Ulama

Dari Kiri Beserban Merah: Ust Mumtaz Juhdi (Pengetua SMAMA), Baba Aziz (Pondok Pujud-Fathani), Tuan Guru Haji Mat Rejab (Pondok Ayaq Hitam) dan Baba Mad (Guru bagi baba2 Fathani)

Read More..

Munajat Sempena kesejahteraan keluarga dan empayar YgBhg Dato' Dr Haji Rozmey Bin Che Din

 Munajat Sempena kesejahteraan keluarga YgBhg Dato' Dr Haji Rozmey Bin Che Din serta semoga Allah melimpah rezeki yang barakah dan melebarkan empayar DDR yang menjadi kekuatan kepada ummah...
Munajat Bersama Baba Aziz, Baba Mad, Tuan Guru Mat Rejab,Ust Mumtaz Juhdi,Ust Tarmizi, Ust Haji Osman, Ust Hizmi Naim dan Ust Ridzuan.

Read More..

Ahad, 5 Ogos 2012

Anak-anak Kami Menangis....


Sejenak muhasabah bersama Ustaz Nasrullah Hasbullah Al Yamani, Merupakan ex-student SMAMA dan sekarang adalah penceramah dan pakar motivasi. Alhamdulillah selama empat jam bersama Al fadhil Ustaz, Insy'Allah berkat nasihat akan membentuk pribadi anak-anak kami menjadi insan soleh dan solehah. amin...alfun syukran.

Tekan readmore untuk lihat gambar lebih banyak lagi...

Read More..

Sabtu, 28 Julai 2012

Anugerah Kecerian Kelas Jatuh Kepada Kelas Tingkatan1 Rabiatul Adawiyah

Tahniah

Read More..

Majlis Taklimat Persediaan Untuk Lanjutan Ke Universiti Fayoum

Read More..

Selasa, 24 Julai 2012

Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa

Read More..

Isnin, 23 Julai 2012

Hotel Grand Crystal Meraikan Anak Yatim dan Pelajar SMAMA

Read More..

Jemputan Ke Majlis Berbuka Puasa dan Sahur Secara Percuma


Read More..

KERJA-KERJA MEMBERSIH ENAM TONG NAJIS MENELAN BELANJA RM800

Read More..

Ahad, 22 Julai 2012

Majlis Kesyukuran Sempena Ramadhan Anjuran DDr Group

Ucapan Dato' Dr Haji Rozmey yang amat bermakna buat umat yang cintakan Islam..

Read More..

Rabu, 18 Julai 2012

Majlis Ihya' Ramadhan

Read More..

Seminar Kepimpinan Pengetua Anjuran Jakim


Read More..

Ahad, 15 Julai 2012

Sumbangan Untuk Majlis Berbuka dan Sahur

مدرسة الثانوية الدينية مكارم الأخلاق
 فوندوق الشيخ حاج عبدالله كتشيئ 
٠٦٥٠٠ لغگر، قدح دار الأمان،
 ماليزيا
. رقم الهاتف: ٠٤٧٨٧٦١٩٣ فاكس:٠٤٧٨٧٠٣٢٢
SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAKARIMUL AKHLAK
PONDOK TUAN GURU HAJI ABDULLAH KECHIK
06500 LANGGAR, ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN,MALAYSIA.
No. tel: 04-7876193 No.fax: 04-7870322
(www.makarimulakhlak.blogspot.com)

No. Rujukan: 07/02/001(7) 2012- Rasmi
Tarikh: 11 JULAI 2012

SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,


SUMBANGAN UNTUK MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SAHUR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah memutuskan untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sahur.

 4. Pihak sekolah juga sebulat suara telah menetapkan sumbangan sebanyak RM 300.00 bagi Majlis Berbuka Puasa dan RM 150.00 bagi Majlis Bersahur.

 5. Memandangkan bulan Ramadhan hampir tiba, sumbangan bolehlah dihulurkan terus kepada pihak sekolah bagi melicinkan proses perjalanan majlis tersebut. Sekiranya keberatan, bolehlah dimasukan ke akaun Bank Islam 02011010113156 – Sek Men Agama Makarimul Akhlak.

 Semoga setiap kerjasama dan sumbangan yang dihulurkan akan dikurniakan ganjaran berganda oleh Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.

 “BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”

“ILMU ITU CAHAYA”

 Yang benar,

 T.Tandatangan (cetakan Komputer)
 ……………………………………………
( MOHD HIZMI NAIM BIN ALIAS )
Penolong Kanan Pentadbiran
Sek.Men.Agama Makarimul Akhlak.

 Sk. Fail JPS

*Sebarang pertanyaan anda boleh berhubung Ust Hizmi Naim Bin Alias: 0195517848.

Read More..

Sabtu, 14 Julai 2012

Anda Ingin sertai Tahlil Sepanjang Ramadhan...?

Sebarang pertanyaan anda boleh berhubung Ust Hizmi Naim Bin Alias: 0195517848.

Read More..

Bakal Mahasiswa Fayoum University Egypt Mesir

SMAMA kembalikan kegemilanganya dengan memperkenalkan kembali imtihan (peperiksaan) Shahadah SMAMA yang diiktiraf lanjutan ke Jamiatul Fayoum (universiti Fayoum) Egypt Mesir. Antara pelajar yang telah mengambil Shahadah SMAMA sesi 2011/12. Pihak pentadbiran SMAMA mendokan agar semua calon berjaya dengan cemerlang dan layak melanjutkan pelajar ke Mesir Insya'Allah.

Read More..

Isnin, 18 Jun 2012

Jadual Peperiksaan SYAHADAH SMAMA 2011/12

Peperiksaan bertulis Sijil Syahadah SMA Makarimul Akhlak akan bermula mulai 29 jun 2012 (Jumaat) dan berakhir pada 01 JULAI 2012 (Ahad). Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis SYAHADAH SMAMA 2011/12;

Jumaat 29 JUN 2012
08.00 – 10.30 Hifz Al-Quran dan Tajwid
11.30 – 12.45 Fiqh
14.00 – 16.30 Tauhid dan Mantiq

Sabtu 30 JUN 2012
08.00 – 10.00 Insya’ dan Mutalaah
10.30 – 12.00 Tafsir dan Ulumuhu
12.30 – 14.00 Adab dan Nusus
15.30 – 17.00 Nahu dan Sarf

Ahad 01 JULAI 2012
08.00 – 10.30 Balaghah
11.30 – 12.45 ‘Arudh dan Qafiyah
14.00 – 16.30 Hadith dan Mustolah

Pihak Sekolah berharap calon yang akan menduduki peperiksaan ini akan membuat persiapan yang rapi dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

**soalan sukatan STAM 2011**

Read More..

Ahad, 20 Mei 2012

Anda Ingin Melanjutkan Pelajaran Ke MESIR..?


PROGRAM PENGIKTIRAFAN
LULUSAN SPM MELALUI SHAHADAH
SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAKARIMUL AKHLAK
DITERIMA LANJUTAN PELAJARAN KE UNIVERSITI FAYOUM MESIR
BERKUATKUASA PADA 4 FEB 2012 
Tarikh taklimat 16 JUN 2012 (Sabtu) Jam 9 Pagi , Pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk Keterangan lanjut sila hubungi Ust Khairul Anuar di talian 013-4584005/017-4467905
Ust Mumtaz  013 5920934 dan Ust Muhaimin 016 6363559.
    Untuk menyertai program pendidikan terbuka di Fayoum Universiti, pemohon mestilah:
    ·     Mempunyai Sijil Shahadah SMAMA dengan tiada had umur.
    ·     Telah mencapai Al-Azhar Thanaweya (SPM), atau yang setaraf dengannya, dengan syarat tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh memperolehi ijazah.
    ·     Pelajar bukan Mesir akan diterima mengikut terma-terma am penerimaan tanpa mengira tahun pengijazahan melalui cara-cara dan prosedur undang-undang.


    DALAM ADA GAMBAR JOM KLIK READ MORE...

Read More..

Tahniah... Anugerah Guru Cemerlang HESA

17 APRIL 2012, Tahniah dan syabas kepada Ustazah Nazliah Binti Samat kerana telah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang HESA 2012. Kejayaan beliau menjadi kebanggaan warga SMAMA. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada guru-guru yang lain serta dapat meniupkan semangat kepada para pelajar untuk lebih gigih dalam pelajaran kerana SMAMA telah membariskan para MURABBI yang ikhlas serta berdedikasi dalam mendidik.. Tahniah....

Read More..

Sabtu, 19 Mei 2012

Sambut Hari Guru Bersama Pengerusi Sekolah Dan Ahli Jemaah Warisan Sekolah



Pengerusi JPS, Tuan Sheikh Mohamad Ibni Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Kechik sedang menyampaikan tazkirah sempena hari guru.



Read More..

Isnin, 14 Mei 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012


Read More..

..::Sukaneka Hari Guru SMAMA::..


Read More..

Ahad, 13 Mei 2012

..::Selamat Hari Guru::..


Terima kasih kerana memilih SMAMA tempat tumpah ilmu kalian....Dan Selamat Hari Guru Buat Semua Guru Di Malaysia..


Read More..

Selasa, 8 Mei 2012

Kunjungan Hormat Timb. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke SMAMA

 8 Mei 2012, Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) ,Tuan Haji Sufa'at Bin Tumin  serta rombonganya ke SMAMA disambut mesra oleh Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah, Tuan Sheikh Mohamad Bin Abdullah, Pengetua Ust. Mumtaz Juhdi, Pen. Kanan Pentadbiran Ust Mohd Hizmi Naim serta semua warga SMAMA.

Read More..

Selasa, 24 April 2012

PROJEK TANAMAN SAYURAN SEBAGAI SUMBER DANA SEKOLAH


RINGKASAN EKSEKUTIF

Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibawah Unit Perancang Dana telah melihat peluang yang begitu luas dalam bidang pertanian dan berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini. SMA Makarimul Akhlak telah mendapat keizinan daripada Pengerusi Jemaah Sekolah Untuk mengusahakan tanah milik pribadi beliau seluas 0.4984 hektar. Lokasi ladang sayuran ini terletak di Jalan Tanjung Inggeris, Mukim Limbong, Langgar, Kedah.

Pengurusan dan pentadbiran Sekolah memandang jauh potensi bidang usaha ini dalam membekalkan sayuran yang berkualiti, selamat dimakan dan mampu memenuhi permintaan domestik. Dalam perancangan jangka panjang,

Read More..

Sabtu, 21 April 2012

Wakil Pentadbiran SMAMA menghadiri Seminar Pengurusan Dan Kepimpinan Institusi Pondok Siri 1/2012

 17 April 2012, Seminar Anjuran Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah dengan kerjasama Hesa, bermula pada 17 April sehingga 19 April 2012, bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah.

Read More..

Selasa, 17 April 2012

Sekalung Penghargaan

18 April 2012, Pentadbiran SMAMA mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada Unit Agihan Zakat Negeri Kedah kerana telah memilih 5 pelajar SMAMA untuk menyertai Program Motivasi Khas PMR 2012, yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 April 2012, bertempat di Pendang Lake Resort. Semoga dengan program seperti ini dapat membina keyakinan pelajar dari sekolah-sekolah agama di negeri kedah dan harapan kami semoga dimasa akan datang dibuka untuk lebih ramai lagi penyertaan atau disediakan peruntukan zakat untuk pakar motivasi berkunjung terus dan memberi motivasi kepada semua pelajar di sekolah-sekolah agama negeri kedah. Alfun Syukran, Barakallahulakum... Wassalam.

Read More..

TUANKU ABDUL HALIM SELAMAT DITABAL YANG DIPERTUAN AGONG



agong_cover
Patik sekalian pentadbiran Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak, Langgar. yakni Madrasah Pengajian Islam dan Pondok yang naungi Tuanku merafak sembah tahniah, Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dan Raja Pemaisuri dengan diberi kesihatan yang sebaiknya bagi mentadbir bumi Malaysia dengan penuh keadilan dan saksama. Ampun Tuanku......

Read More..

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir