Sabtu, 14 Mac 2009

..:: Sekalung Tahniah Kepada Pengerusi JPS Kerana Telah Dikurniakan Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) ::..


Pada tanggal 26 Februari, khamis 2009. Tuan Sheikh Haji Mohamad b. Tuan Guru Haji Abdullah telah dianugerahkan Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M). Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Yang Ke-81 di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit Alor Setar, Kedah Darul Aman.

"Semoga dengan penganugerahan ini kebaktian beliau kepada masyarakat semakin bersinar dan bercahaya bergemerlapan menyeluh kepelusuk Negeri Kedah Darul Aman khususnya dan Malaysia amnya..."

Kami warga Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Kechik dan SMA Makarimul Akhlak mengucapkan Tahniah kepada beliau dan berdoa semoga Allah melanjutkan usia beliau agar bisa melebar dan memangjangkan bakti kepada masyarakat dan tanah air tercinta...

"Tahniah Tok Guru"

1 ulasan:

Assalamualaikum.. Sila sampaikan kemontar yang membina.. Terima kasih wassalam..