JITRA, 29 Mei - Keprihatinan dan keinginnya untuk melihat Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak (SMAMA), Langgar setanding dengan instititusi pengajian Islam di negara ini mendorong Presiden dR Group (dRG), Datuk Che Rozmey Che Din mengambil sekolah berkenaan sebagai ‘sekolah angkat'.
Sekolah yang diasaskan pada tahun 1952 itu melalui intitusi pengajian pondok itu cukup terkenal di negeri ini dan berjaya melahirkan pelajar yang berjaya dalam bidang akademik termasuk menjadi ilmuan dalam pelbagai bidang.
Datuk Che Rozmey berkata SMAMA mempunyai potensi yang cukup besar untuk menjadi sebuah institusi yang disegani di negara ini memandang sistem pengajiannya yang dijalankan menekankan kepada pembinaan modal insan dan sasiah mukmin sejati.
“Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial yang saya jalankan bagi memastikan sekolah ini dapat meneruskan tradisi kecemerlangannya selaras dengan misi pengasasnya yang ingin melihat madrasah ini menjadi destinasi pengajian terbaik kepada masyarakat dan anak bangsa.
“Tenaga pengajar dan barisan pengurusan sekolah ini begitu komitet dalam menjalankan tugas mereka kepada anak bangsa walaupun mereka terpaksa bergerak dalam keadaan serba kekurangan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis kesyukuran dan hari guru di sekolah berkenaan kelmarin.
Sekolah berkenaan yang turut dikenali sebagai Madrasah Makarimul Akhlak atau Pondok Tuan Guru Hj. Abdullah Kechik turut menjadi destinasi pilihan golongan dewasan dan warga emas untuk menimba ilmu pengetahuan disamping melakukan amal ibadat dengan lebih sempurna di situ.
Che Rozmey berkata, selepas memantau sekolah dan mendapat maklum balas mengenai keperluan sekolah itu, dia terus membuat keputusan untuk menjadikan sekolah terbabit sebagai sekolah angkatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum.. Sila sampaikan kemontar yang membina.. Terima kasih wassalam..