Selasa, 8 Mei 2012

Kunjungan Hormat Timb. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke SMAMA

 8 Mei 2012, Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) ,Tuan Haji Sufa'at Bin Tumin  serta rombonganya ke SMAMA disambut mesra oleh Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah, Tuan Sheikh Mohamad Bin Abdullah, Pengetua Ust. Mumtaz Juhdi, Pen. Kanan Pentadbiran Ust Mohd Hizmi Naim serta semua warga SMAMA.

 Kehadiran beliau, merupakan lawatan ziarah bertanya khabar tentang kemajuan sekolah serta beberapa perkara berbangkit tentang status sekolah, perbincangan ringkas tersebut telah menjawab beberapa persoalan. Semoga hubungan baik sekolah dengan Kementerian Pelajaran berjalan dengan harmoni dan sejahtera.
Pihak Pengurusan dan pentadbiran sekolah berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian beliau serta rombongan berkunjung ke sekolah ini. Dan pihak sekolah berharap kunjungan seperti ini akan diadakan lagi bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan sekolah demi kemajuan anak bangsa, agama dan negara. Sekian wassalam.

1 ulasan:

Assalamualaikum.. Sila sampaikan kemontar yang membina.. Terima kasih wassalam..