Rabu, 21 November 2012

Pengetua SMAMA menghadiri Multaqa Pengetua

Pengetua SMAMA menghadiri Multaqa Pengetua SMAN dan SMAR Bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pada 18/19 November 2012, Bertempat di Hotel Dynasty Kuala Lumpur.

Khamis, 8 November 2012

Jamuan Guru Sempena Akhir Tahun Smama2012


Dari Belakang Kiri : Puan Fairuz Syazwani(kerani), Ustz fatimah, Cikgu Siti Salwa, Cikgu Nazliah, Ustz Ku Nawal, Ust Rahimah, Cik Hidayah(pembantu kebersihan)
Dari Hadapan Kiri: Ust Osman, Ust Mumtaz Juhdi, Ust Mohd Hizmi Naim
Yang tiada dalam gambar ini: Cikgu Yusuf, Ust Mohamad, Ust Ahmad, Baba Osman, Ust Zaki dan Abg Mad

Meriah Majlis Akhir Tahun Tingkatan Satu Rabiatul Adawiyah SMAMA 2012

Terima kasih kepada anak-anak pelajar yang dikasihi Allah azwajalla kerana sudi mengadakan majlis akhir tahun bagi meraikan guru-guru Smama2012, semoga tautan ukhuwah dan majlis ini mendapat keberkatan dan keredhoan dari Allah SWT. Kami barisan guru-guru menghalalkan segala ilmu yang telah kami curahkan, moga-moga kalian bisa menjadi anak yang solehah, cemerlang dan berakhlak mulia. Tahniah dan syabas.

Selasa, 6 November 2012

BERITA BAIK BAGI PELAJAR LEPASAN SPM DAN STAM atau YANG SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN

SMA MAKARIMUL AKHLAK, membuka tawaran pengajian untuk lepasan SPM dan STAM atau yang sedang menunggu keputusan peperiksaan, anda ditawarkan pengajian PRA Universiti Fayoum dan Sijil Shahadah SMAMA selama enam bulan sahaja.