Selasa, 6 November 2012

BERITA BAIK BAGI PELAJAR LEPASAN SPM DAN STAM atau YANG SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN

SMA MAKARIMUL AKHLAK, membuka tawaran pengajian untuk lepasan SPM dan STAM atau yang sedang menunggu keputusan peperiksaan, anda ditawarkan pengajian PRA Universiti Fayoum dan Sijil Shahadah SMAMA selama enam bulan sahaja.



Pentadbiran SMAMA akan menyediakan tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman untuk mengajar subjek-subjek tersebut:
  1. HIFZ QURAN DAN TAJWID
  2. NAHU DAN SOROF
  3. BALAGHAH DAN NAQDI
  4. ADAB DAN NUSUS
  5. ARUD DAN KHAFIAH
  6. FEKAH LUGHAH
  7. FEKAH SYARIAH ISLAMIAH
  8. TARIKH ISLAM (ZAMAN PARA NABI DAN AR-RAASHIDIEN)
  9. ILMU AKHLAK DAN FALSAFAH UMUM
  10. BAHASA INGGERIS (EROPAH)
*Sukatan Bahasa Arab Dan Pengajian Islam.

Syarat-syarat kemasukan:
  • Berasal dari Sekolah Menengah Agama.
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Lepasan SPM atau STAM atau yang sedang menunggu keputusan peperiksaan(bawa slip percubaan)
  • Bersih dari sebarang masalah disiplin.
Kemudahan:
  • Kelas pengajian yang selesa
  • Balai talaqi yang selesa
  • Asrama Terbuka
  • Dewan Kuliah Utama berhawa dingin
  • Kantin dan Kedai sekolah
  • Dan kemudahan asas yang lain.

Pihak pentadbiran sekolah bukan lah agen mencari keuntungan,  kita hanya menguruskan pelajar-pelajar kita yang ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir. Sistem pengajian ini diadakan untuk peperiksaan shahadah mengikut sukatan Universiti Fayoum Mesir.

Sekian Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum.. Sila sampaikan kemontar yang membina.. Terima kasih wassalam..