Selasa, 8 Januari 2013

AJK Hari Orientasi SMAMA 2013 telah berjaya menganjurkan Explorace..


Alhamdulillah, AJK Pelaksana Hari Orientasi SMAMA 2013 telah berjaya menganjurkan Explorace. Bertemakan ‘Marilah Bersama Menjalin Ukhuwwah’, explorace ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah di kalangan pelajar.
Para peserta mula berkumpul di Dataran SMAMA pada pukul 9 pagi dengan semangat yang penuh berkobar-kobar. Setelah sesi taklimat oleh urusetia dan bacaan doa, persaingan dimulakan dengan setiap kumpulan. pelajar-pelajar berlumba-lumba untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan dalam masa terpantas. Sepanjang explorace ini berjalan, semua peserta kelihatan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti yang disediakan terutamanya dalam menjawab soalan-soalan yang memerlukan mereka mengingati semula apa yang telah dipelajari selama ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum.. Sila sampaikan kemontar yang membina.. Terima kasih wassalam..