Rabu, 20 Mac 2013

Zakat, Sumbangan Dan Tajaan Untuk Pelajar Miskin Dipohon

Assalamaualaikum..
Kepada insan yang budiman, Pihak pengurusan sekolah SMA Makarimul Akhlak, Langgar(Sekolah Berasrama Penuh) telah mendapati hampir 30 pelajar sekolah ini adalah dikalangan pelajar miskin yang memerlukan dana untuk meneruskan pengajian. Mereka merupakan pelajar cemerlang dan harapan sekolah. Sekiranya pihak tuan yang budiman ingin meringankan bebanan yuran mereka dengan memberi zakat, sumbangan atau tajaan pihak kami amat mengalu-alukan. Kadar keperluan yuran seperti berikut:

Rabu, 13 Mac 2013

Tilawah Al-Quran Peringkat ZON 1 Kedah


13/03/13, Menghadiri Mesyuarat AJK Tilawah AlQuran Peringkat Zon 1. Dipengerusikan Oleh Dato Ahmad Fisol Bin Hj Omar.Pentadbir Jabatan Agama Islam Kubang Pasu Kedah.
 Pertandingan tersebut akan diadakan pada 4 APRIL 2013, bertempat di SABK Nur Islam Ayer Hitam. SMA Makarimul Akhlak ditugaskan untuk menyelia pendaftaran peserta serta menyiapkan dukumentasi acara tersebut. Didoakan Majlis Tilawah tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Amin..