Assalamaualaikum..
Kepada insan yang budiman, Pihak pengurusan sekolah SMA Makarimul Akhlak, Langgar(Sekolah Berasrama Penuh) telah mendapati hampir 30 pelajar sekolah ini adalah dikalangan pelajar miskin yang memerlukan dana untuk meneruskan pengajian. Mereka merupakan pelajar cemerlang dan harapan sekolah. Sekiranya pihak tuan yang budiman ingin meringankan bebanan yuran mereka dengan memberi zakat, sumbangan atau tajaan pihak kami amat mengalu-alukan. Kadar keperluan yuran seperti berikut:
1. Yuran tahunan sekolah RM1268(yuran asrama, pengajian, hafiz Al-quran, kelas tambahan, makmal sains dan komputer, pusat sumber, peralatan, pakaian badan beruniform dan sukan, kertas ujian/peperiksaan, dll..)
2. Yuran bulanan RM140(yuran makan termasuk waktu rehat persekolahan)
Bagi tuan-puan yang berhajat memberi zakat, sumbangan dan tajaan boleh disalurkan ke Akaun sekolah : Bank Islam Malaysia Berhad No Akaun 02011010113156 atas nama: SMA MAKARIMUL AKHLAK, dan maklumkan pemberian tuan-puan melalui sms ke no. Ust Mumtaz 0135920934. Sekiranya tuan-puan ingin hadir sendiri ke sekolah ini untuk memilih pelajar tajaan tuan-puan amatlah kami alu-alukan.
Untuk sumbangan ini. pihak pengurusan sekolah mendahulukan ucapan jutaan terima kasih dan berdoa agar tuan-puan diberi nikmat kesihatan dan dilimpahi rezeki yang halal dan berkat. amin.
Sekian,
Wassalamualaikum. wbt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum.. Sila sampaikan kemontar yang membina.. Terima kasih wassalam..