Pihak sekolah bersyukur kepada Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua delegasi Ustazah Jariah kerana sudi bertandang dan menziarahi warga SMAMA. Rombongan ini juga telah membawa sumbangan dan zakat untuk diserahkan kepada Pengetua SMAMA. Majlis diserikan dengan qasidah pelajar SMAMA dan jamuan makan yang juga turut dibawa dan disediakan oleh tetamu. Semua tetamu berasa gembira kerana dapat menghidangkan sendiri makanan kepada semua pelajar dan makan bersama-sama. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Moga-moga pertemuan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum.. Sila sampaikan kemontar yang membina.. Terima kasih wassalam..