.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Selasa, 27 Oktober 2009

..:: NAIK TARAF STOR SMAMA ::..


28 Oktober 2009, Projek naik taraf Stor SMAMA telah siap dengan menelan belanja sebanyak RM1880.00 termasuk pengubah dan memasang semula ampaian. Projek naik taraf ini dibiayai oleh Jemaah Pengurusan SMAMA. InsyAllah penambahbaikan akan terus berjalan bergantung kepada dana JPS.






SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:

NO AKUAN JPS SMAMA:02011010084242 (BANK ISLAM)

ATAU TERUS KE

SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAKARIMUL AKHLAK,
PONDOK TUAN GURU HAJI ABDULLAH KECHIK,
LANGGAR 06500, ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.

NO PHONE DAN FAX: 04-78769193
NO RUMAH: 04-7876933

Read More..

..:: Berakhirlah Imtihan SMRA dan STAM ::..


Assalamulaikum..Hari ini tanggal 27 Oktober 2009 berakhirlah peperiksaan bagi pelajar yang mengambil SMRA dan STAM, Jemaah Pengurusan Sekolah mendoakan agar kalian berjaya dengan mendapat keputusan yang cemerlang dan insyAllah dengan kejayaan tersebut akan menjadi bekalan untuk kalian menjadi da'ie di bumi yang fana ini...






JPS mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar dari Sek. Men. St Micheal dan Sek. Men. Hutan Kampung kerana mengendalikan (Pengawas) peperiksaan STAM serta Sek. Men. Agama Islah dan Sek. Men. Agama Sidiqiah kerana mengendalikan peperiksaan SMRA, semoga Allah membalas segala jasa baik anda semua..



"Teruskan perjuangan anak-anak sekalian..." Wassalam.

Read More..

Rabu, 14 Oktober 2009

..:: ANTARA PROJEK NAIK TARAF YANG TELAH DILULUSKAN::..



JPS SMAMA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT TERUTAMA KPM, JPN, SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM DAN PPD KOTA SETAR DALAM MENJAYAKAN PROJEK NAIK TARAF SMAMA SEHINGGA SELESAI. KAMI DIFAHAMKAN OLEH TUAN PENGETUA BAHAWA SEMUA PROJEK NAIK TARAF DI SMAMA SUDAH BERAKHIR DAN TIADA LAGI PROJEK NAIK TARAF SELEPAS INI KERANA SEBAB-SEBAB TERTENTU, NAMUN BEGITU JPS SEKALI LAGI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DI ATAS SEMUA SUMBANGAN YANG TELAH DIHULURKAN.. JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA..

INSYA'ALLAH SEMOGA SMAMA AKAN TERUS MENDAPAT BANTUAN DAN SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI ATAU BADAN-BADAN YANG IKHLAS DAN SUDI MENGHULURKAN..
SEKIAN.. WASSALAM.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:

NO AKUAN JPS SMAMA:02011010084242 (BANK ISLAM)
ATAU TERUS KE
SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAKARIMUL AKHLAK
PONDOK TUAN GURU HAJI ABDULLAH KECHIK
O6500, ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.
NO PHONE DAN FAX: 04-78769193

Read More..

Ahad, 4 Oktober 2009

..::Jamuan Rumah Terbuka Pengerusi JPS Di Pagi 1 Syawal::..


Salam satu syawal “macam satu Malaysia ja..” hehe..Assalamualaikum.. antri kali ini memaparkan kemeriahan rumah terbuka Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Makarimul Akhlak yang diadakan pada 1 Syawal 1430.

Majlis rumah terbuka kali ini berjalan dengan jayanya.. Juadah yang enak menggamit selera tamu yang hadir, turut mengundang seisi keluarga…


Saling bermaaf-maafan, pada salah dan silah pohon dipinta, agar pagi Syawal lebih bermakna… yang jauh kita dekat-dekatkan dan yang dekat kita rapat-rapatkan.. semoga pertalian ukhuwan ini berpanjangan dan diredhoi Tuhan..


Selamat menjamu selera dan jamahlah apa yang ada… setelah selesai solat hari raya, para makmum seperti adat pondok.. akan turun menziarahi rumah terbuka Tuan Guru terlebih dahulu sebelum pulang atau menziarahi rumah sanak saudara yang lain…

Hayatilah detik-detik kemeriahan ini….

Amboi.. Ust Musa hensom bergaya macam belum berpunya, tapi sapa sangka dah anak tiga..hehe..


Ramainya anak muda... mereka ini bukan orang lain.. semuanya cucu cicit kerabat pondok Hj Abdullah kechik la...


Tetamu bersilih ganti....



Inilah Maklong Hajjah Juriah Binti Haji Mohd Zain Isteri Tuan Guru, walaupun berkerusi roda.. tetap bersemangat melayani tetamu..


Antara tetamu perempuan yang hadir..


Keluarga Ust Musa Jayyid..


Keluarga Ust Mumtaz Juhdi...



Dari kiri Encik Mubarak Jiddan dan Ust Mujahid Jadd..


Marilah sama-sama kita berdoa moga-moga puasa kita, ibadat kita serta semua amalan kita dimaqbulkan oleh yang maha Esa.. amin yarabb.. Isya’Allah detik kemenangan kali ini, adalah kemenangan yang hakiki.. semoga kita bertemu lagi di satu pagi di aidil fitri.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin daripada Kerabat Tuan Guru Haji Abdullah Kechik.. Sekian wassalam..

Read More..

..::Solat Hari Raya Aidil Fitri 1430::..



اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ….
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ….
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَق
اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْتُ وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ أَنْتَ إِلَهِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Ramadhan telah kita lalui, pada hari ini umat Islam di seluruh dunia merayakan kemenangannya. Gema takbir, tahlil dan tahmid berkumandang dimana-mana, di seluruh  alam semesta ini,bersatu padu dalam irama membesarkan Allah, memuji dan mensucikan-Nya, sebagai ungkapan rasa syukur atas nikmat telah Allah anugerahkan, terutama dapat meraih kemenangan di hari yang fitri ini. Mengungkapkan syukur atas hidayah dan inayah Allah yang begitu besar karena telah berhasil mengikuti rentetan ibadah pada bulan Ramadhan sebagai jaminan untuk mendapatkan ganjaran dan ampunan.


Pada syawal 1430, Madrasah Makarimul Akhlak menyempurnakan tuntutan ibadah solat hari raya berjamaah, solat hari raya aidil fitri kali ini ditunaikan pada jam 9 pagi diimani oleh Tuan Guru Sheikh Mohamad Bin Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Kechik. Manakala khutbah dibacakan oleh Ust Mumtaz Juhdi yang bertajuk "Amanah"

Alhamdulillah. Solat hari raya aidil fitri pada pagi syawal ini dihadiri kira-kira hampir 100 orang makmum terdiri daripada warga pondok dan penduduk sekitarnya...
Semoga solat hari raya kali ini diterima dan mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah S.W.T amin..

Read More..

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir