.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Rabu, 18 November 2009

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi




GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

 

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi



Selamat membaca di bawah ini.
Halimzakaria


Ayat al-Quran pada kulit bayi

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Read More..

Isnin, 16 November 2009

Imarah Balai




17 Novenber 2009, Balai dalam istilah pondok membawa maksud surau atau tempat solat berjamaah tetapi di situ tidak dibenarkan melaksanakan solat Jumaat.

Alhamdulillah, balai di SMAMA sentiasa diimarahkan, solat berjamaah tak pernah lekang walau satu pun waktu malah diserikan lagi dengan solat-solat sunat qabliah dan baqdiah serta solat-solat sunat yang lain.

Para pelajar asrama dan warga pondok dimestikan solat berjamaah di balai, dengan pakaian yang tertib di tambah amalan sunnah iaitu berserban menambah berkat dan rahmat.




Balai juga diiamarah dengan pengajian kitab umumi, Selain pengerusi JPS dan Ustaz-ustaz di sini, Para pelajar tingkatan enam juga diberi kesempatan dan ruang untuk menyampaikan kuliah, sambil mendidik-didik adik-adik mereka juga dapat menambah ilmu disamping memantapkan lagi penyampaian kuliah mereka. Dalam istilah pondok mereka digelar sebagai "kepala mutalaah", semoga setiap huruf, perkataan dan lafaz yang disampaikan oleh Tuan Guru, Ustaz-ustaz dan kepala-kepala mutalaah disulami dengan keihklasan, keberkatan dan rahmat kasih sayang Allah.





Di antara program dan aktiviti balai yang dilaksanakan sepanjang 2009 ialah dilaksanakan majlis-majlis kebesaran Islam seperti Maulud Nabi, Asyura, nisfu sya'ban dan lain-lain lagi, manakala aktiviti mingguan pula diadakan bacaan yasin setiap malam jumaat, qiyamullail, usrah dan lain-lain lagi. InsyAllah pada tahun hadapan JPS akan memantapkan lagi fungsi balai dan menjadikan balai sebagai nadi utama penggerak dan pembina syakshiah pelajar dan warga pondok ini.. amin.. wassalam.

Read More..

Fungsi Bilik Jemaah Pengurusan SMAMA


16 November 2009, JPS SMAMA mengorak langkah dan memperkasakan peranannya demi memantapkan pentadbiran dan pengurusan smama dengan mewujudkan bilik jemaah pengurusan yang diselia oleh pegawai eksekutifnya iaitu Ust Mumtaz Juhdi Bin Sheikh Mohamad.


 

Antara kupasan ucapan aluan pengerusi pada mesyuarat JPS SMAMA kali ketiga pada 19 Ogos yang lalu:

- Keperluan bilik jemaah pengurusan dan kepentinganya. antara kepentingan yang beliau nyatakan ialah merapatkan ukhuwah antara JPS dengan pengurusan harian sekolah, bersama memacu pembangunan sekolah dan menyelesaikan masalah sekolah, memantau perjalanan sekolah dengan lebih dekat, dapat mewujudkan serta menyusun fail yang berkaitan dengan JPS agar lebih sistematik, dapat menyimpan barang-barang penting JPS seperti cop-cop penting JPS agar tidak disalahgunakan dan akhirnya, perjumpaan-perjumpaan rasmi boleh di adakan di bilik tersebut memandangkan sebelum ini setiap perjumpaan hanya di adakan di rumah pengerusi sahaja yang mana ia lebih berbentuk pribadi dan tidak rasmi.




Tertera di dinding tersebut carta organisasi JPS SMAMA, Fungsi JPS dan Memorendum persefahaman antara JPS dengan Kerajaan Malaysia.




Pegawai  eksekutif JPS SMAMA sedang menyerahkan pinjaman wang kepada seorang tenaga pengajar SMAMA yang tertunggak gajinya selama setahun.  Masalah tunggakkan gaji  beliau masih dalam proses.


Antara fail yang telah siap untuk simpanan surat-surat penting, resit pembelian, laporan mesyuarat, surat notis, borang pemantaun, kertas kerja aktiviti dan lain-lain lagi.



InsyaAllah harapan kami dengan adanya bilik JPS SMAMA dapat membantu pantadbiran SMAMA dan memudahkan segala urusan. Dan kami pihak JPS juga berharap dengan sudah terwujudnya bilik tersebut tidak disalah ertikan. Sama-samalah kita menjadikan SMAMA satu institusi melahirkan ULAMA yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.

Read More..

Ahad, 15 November 2009

Y.Bhg. Tn. Hj. Abrar bin Idris Turun Padang..


13 November 2009,  Y.Bhg. Tn. Hj. Abrar bin Idris, Tn Hj Zulkifli bin Ghozali dan Tn Hj Nazri bin Hamid telah bertandang ke Madrasah Makarimul Akhlak bagi menziarahi Tuan Sheikh Mohamad bin Abdullah yang sedang sakit.



Dikesempatan yang ada semua tetamu sempat berbincang beberapa perkara berbangkit, alhamdulillah perbincangan tersebut berjalan dengan baik, natijah daripada pertemuan tersebut, Y.Bhg. Tn. Hj. Abrar bin Idris telah  memberi keyakinan kepada pihak pengurusan sekolah bahawa kemudahan dan bantuan mengikut saluran yang diluluskan untuk SABK masih diberi malah diperkasakan dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, pengerusi JPS mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan dan mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menziarahi beliau dan melihat sendiri perkembangan terkini di Madrasah ini.
Semoga tautan ukhuwah bisa berpanjangan.. amin.. wasssalam.

Read More..

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir