.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Sabtu, 18 Disember 2010

"Kacau Bubur Asyura" Warga SMAMA

Tanggal 19 DISEMBER 2010, Madrasah Makarimul Akhlak telah mengadakan majlis "kacau bubur asyura", alhamdulillah majlis ini berjalan dengan jayanya dengan disertai oleh pelajar tingkatan 5 SPM yang menginap di asrama semasa cuti sekolah, pengawal keselamatan sekolah, pembantu perkhidmatan kebersihan sekolah dan masyarakat setempat.







Kelebihan Hadis Hari Asyura
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

# ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
# ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
# Diciptakan lautan pada 10 Muharram
# Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
# Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
# Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
# Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
# Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
# Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
# Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
# Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
# Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
# Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
# Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
# Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
# Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
# Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
# Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
# Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
# Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
# Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
# Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Semoga majlis seperti ini sentiasa diingati dan diraikan agar setiap jenerasi merayakanya dan tidak melupainya..

Dan harapan Jemaah Pengurusan Sekolah semoga silaturrahim yang terjalin ini berkekalan dan mendapat keberkatan serta keredhoan dari Allah s.w.t.

Read More..

Rabu, 15 Disember 2010

Hari Orientasi Pelajar Baru- Unit Sambutan Pelajar Baru (Dapatkan Tentatif Program Di sini)

1.0. Pendahuluan.


Program ini dijalankan oleh Unit Sambutan Pelajar Baru sekolah adalah bertujuan bagi membantu pelajar baru membiasakan diri dengan keadaan suasana, persekitaran asrama dan sekolah. Selain itu juga, pelajar baru akan diajar untuk menepati waktu-waktu persekolahan, rehat, makan, minum dan rekreasi.




Pelajar juga diajak untuk berkenalan dengan warga sekolah yang lain khasnya Pengerusi dan AJK Jemaah Pengurusan Sekolah, Pengetua, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah dan warga pondok. Dalam Program Orientasi ini pelajar dibawa melawat kawasan sekitar sekolah seperti Surau,  Blok Pentadbiran, Blok Kelas, Makmal Komputer, Perpustakaan, Gelanggang Permainan serta Asrama lelaki dan perempuan.


Antara aktiviti yang dirancang ialah seperti sesi  taa’ruf, Ucapan Pihak Pengurusan dan Pentadbiran, Pendedahan tentang Disiplin sekolah dan Asrama, Latihan dalam kumpulan, ceramah dan Latihan Daya Ingatan ( Max Recall) serta dimuat juga slot penjelasan pembahagian buku teks. Selain itu, pelajar juga turut didedahkan dengan aktiviti selingan belajar Nasyid Sekolah, Ikrar, lagu Kebangsaan dan lagu Negeri Kedah.


Di sepanjang program pelajar juga diminta untuk menyediakan buku catatan untuk mencatat aktiviti dan mengambil  tandatangan warga SMAMA. Mereka juga diminta membuat tag nama dengan kertas manila dengan jelas sepanjang program berjalan.  Setiap aktiviti yang dijalankan adalah merupakan modul tarbiyyah untuk memantapkan iman dan jati diri sebagai seorang pelajar  Islam pewaris para Anbiya’.


Semoga dengan perancangan sebegini dapat membantu mengurangkan masalah HOME SICK  dan rasa rendah diri di kalangan pelajar baru.


2.0   Matlamat.


•   Melahirkan pelajar  yang ada tarbiyyah Islamiah dan semangat motivasi diri yang tinggi

•   Melahirkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi peraturan sekolah Agama.

•   Melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat yang jelas dan kepimpinan untuk berusaha ke arah kesyumulan Islam

•   Melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwawasan serta kreatif dan kritis dalam menangani cabaran dalam kehidupan



3.0.    Objektif


I.   Menyedar dan membina keyakinan diri pelajar melalui Latihan  Dalam Kumpulan yang dijalankan.

II.   Memberi pengalaman dan pengetahuan baru tentang kehidupan di Sekolah Menengah Agama.

III.   Membina daya tahan serta membentuk konsep kendiri yang tinggi di dalam diri pelajar.

IV.   Membina kecemerlangan pelajar berlandaskan “Ulama’ Pewaris Para Nabi”



4.0. Kumpulan  Sasar


Modul ini dirangka khusus untuk Pelajar- pelajar Tingkatan Satu dan pelajar baru.


5.0    Tempoh Perlaksanaan


Modul ini dijalankan selama  6 hari 5 malam.


( Rujuk  Lampiran Jadual Program )


Kaedah perlaksanaan :


Ø   Perkenalan (Taa’ruf)

Ø   Latihan Dalam Kumpulan

Ø   Perbincangan dalam kumpulan

Ø   Ceramah/Motivasi/Taklimat

Ø   Persembahan

Ø   Senaman/Rekreasi

Ø   Max recall/Ujian Diagnostik


6.0   Sumber  Kewangan


Ini bergantung kepada peruntukan sekolah, sumbangan waris dan orang ramai.


7.0    Ahli Jawatan kuasa Induk


Pengerusi                            : Pengetua

Setiausaha                          : PK HEM

Naib Setiausaha                : Pembantu Petadbiran

Bendahari                           : Pembantu Kewangan

Penyelaras                          : Guru Bimbingan dan Kaunseling



8.0   Penutup.



Semoga Program yang telah dirancangkan ini dapat pertolongan dari Allah SWT dan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Adalah menjadi harapan pihak Pengurusan dan Pentadbiran sekolah supaya pelajar yang mengikuti program ini mendapat  faedah dan manfaat dan seterusnya dapat belajar di Madrasah Makarimul Akhlak dengan suasana belajar yang aman dan sejahtera.


Semoga program ini dapat mencapai Visi sekolah iaitu “Menjadikan Madrasah Makarimul Akhlak Melahirkan Pewaris Ulama’ dan Profesional Islam 2016”.

..::Dapatkan Tentatif Program Di sini::..

Read More..

APA ITU SEKOLAH AGAMA RAKYAT ( SAR)


APA ITU SEKOLAH AGAMA RAKYAT ( SAR)


Sultan Kedah adalah pelupur SAR dengan menubuhkan Maktab Mahmud .Tuan Guru Haji Yahya Junid - SMA Taufiqiah bt. 16 Padang Lumat. Tuan Guru Haji Abdullah Kechik - SMA Makarimul Akhlak, Langgar. Tuan Guru Haji Tajuddin- SMA Nadhah Hasanah, Melele. Tuan Guru Haji Othman Junusi - SMA AnNahdhah Bukit Besar. Dan lain-lain


Di negeri Kedah terdapat 54 SAR  , 46 daripadanya berdafttar di bawah JAIK.

Jumlah pelajar melebihi 20 000 orang. Jumlah guru dan kakitangan sekolah ialah 1600 orang dengan pelbagai kelulusan dari peringkat pengajian pondok hingga MA. Pelajar dan kakitangan semuanya beragama Islam dan 99 % adalah berbangsa melayu.


APA YANG DIAJAR DISEKOLAH AGAMA RAKYAT



70 % matapelajaran yang diajar di SAR berteraskan agama dan 30 % akademik. SAR menggunapakai sukatan pelajaran daripada Universiti Al Azhar, Mesir dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan Al Azhar meliputi pengajian agama dan bahasa dengan bahasa pengantar ialah bahasa ARAB.

Matapelajaran nya ialah Fekah, Tasauf, Ulum Quran, Tafsir, Hadis, Ulum Hadis, Usul Fiqh, Balaghah, Tauhid, Takbir, Nahu, Saraf, Imlak, Muhaddasah, Mutalaah, Mahfuzad, Usuluddin, Sirah, Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sastera Melayu dan lain-lain

Pendidikan akhlak dan ketaat kepada agama menjadi teras pendidikan.


APAKAH HASIL KAJIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TERHADAP SEKOLAH AGAMA RAKYAT



Kajian Trend Perkembangan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Agama di Malaysia oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: BPPP, Mei 1992.

 

Kajian ini melibatkan 36 buah sekolah agama sekolah agama negeri (SAN), sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah agama swasta (SAS) dari tahun 1987 hingga 1991di enam buah negeri. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik, pemerhatian dan temubual sebagai instrumen.



Kajian mendapati

  • kebanyakan guru di SAR bersikap dedikasi terhadap profesion mereka kerana pegangan agama (taat kepada Allah). Mereka bersemangat tinggi untuk memajukan bangsa dan agama.
  • Sekolah-sekolah agama memberi penekanan kepada usaha membenteras masalah keruntuhan moral, dan mewujudkan suasana kekeluargaan di sekolah dan mengamalkan sifat persaudaraan yang tulin.
  • Pengajaran-pembelajaran menekankan pembentukan sifat-sifat mulia, iman dan hukum Allah. Pelajar-pelajar diberikan kebebasan memilih jurusan pengajian masing-masing terutamanya dalam pengajian agama.
  • Guru menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajar dan didapati mereka sanggup berkhidmat walaupun kelengkapan sekolah tidak mencukupi.
  • SAN mempunyai kelebihan fizikal hampir setaraf atau sama dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
  • Kebanyakan SAR berusaha sendiri mempertingkatkan pembangunan fizikal sekolah dan asrama.
  • Kajian juga mendapati sekolah-sekolah berkenaan kekurangan kemudahan fizikal dan bantuan kewangan.
  • Pelajar mempunyai beban tugas belajar yang lebih dan didapati keperluan kegiatan kokurikulum pelajar tidak seimbang dengan kegiatan akademik.
  • Walau bagaimanapun pelajar lepasan sekolah-sekolah agama mempunyai peluang yang lebih luas berbanding dengan lepasan sekolah-sekolah biasa kerana mereka mempunyai pengetahuan akademik dan senawi, selain daripada mempelajari Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


BAGAIMANA PENCAPAIAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT



Masalah disiplin SAR amat rendah jika dibandingkan sekolah kebangsaan. Malah paling minimanya pelajar tersebut mampu membina kehidupan beragama dalam masyarakat seperti menjadi imam memimpin masyarakat.

Pencapaian PMR, SPM, STP adalah amat membanggakan hingga ramai yang mampu memasuki universiti tempatan dan keluar negara lalu lahir sebagai tokoh ilmuan dalam masyarakat.



Antara tokoh-tokoh pelbagai bidang yang lahir dari sekolah agama rakyat


NAMA
BIDANG YANG DICEBURI
SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Sheikh Abd. Majid
Mufti Kerajaan Negeri Kedah
Maktab Mahmud Alor Setar
Dr. Mohammad Awang Yunus
Doktor Gigi , Klinik, Pekan Baling
Yayasan Khairiah , Baling
Dr. Jamnul Azhar Bin Mulkan
Doktor Perubatan di Hospital Kangar, Perlis
Maktab Mahmud Alor Setar
Mohd. fuad bin haji Yahya
Arketik
SMA Taufiqiah, Bt. 16, Pdg.Lumat
YB. Ir. Fakhrulrazi bin Zawawi
Jurutera Perunding
Maktab Mahmud Alor Setar
Dato’ Abd.Hamid Othman
Penasihat Agama PM
SMA AnNahzah Bukit Besar
Abd Halim Said
Peguam
Maktab Mahmud Alor Setar
Wan Mustaffa
Bekas Pegawai Daerah Yan ( D.O)
SMA Raudhah Ulum Langgar
Kol. Najmi Hj. Ahmad
Kol Kor Agama Angkatan Tentera
Yayasan Khairiah, Baling
Abd. Rahim bin Hanafi
Pegawai Tinggi Polis Bukit Aman
Maktab Mahmud Alor Setar


APAKAH SUMBANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT KEPADA KITA



  • Memberi ilmu dan kefahaman Islam juga memimpin kehidupan beragama dalam masyarakat
  • Melahirkan ulamak dan cerdik pandai melayu Islam yang mempunyai asas kefahaman Islam yang mantap.
  • Mendidik anak-anak bangsa memahami dan menghayati islam dengan lebih sempurna. Mengurangkan gejala sosial.
  • Melengkapkan untuk sistem pendidikan dinegara ini.
  • Membuka peluang pekerjaan kepada bangsa melayu islam. Mengurangkan pengangguran.


APAKAH MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SEKOLAH AGAMA RAKYAT



Sekolah Agama Rakyat bukan institusi pendidikan berorentasikann keuntungan kebendaan. Ianya lahir atas rasa tanggungjawab keagamaan oleh tokoh-tokoh ulamak . Justeru itu yuran pembelajaran tahunan terlalu rendah.  Sumber kewangan adalah melalui sumbangan zakat dan infak yang tidak menentu selain sedikit peruntukan dari Jabatan Agama Islam Negeri dan Kementerian Pendidikan.



Oleh itu masalah kewangan adalah terlalu serius. Tangga gaji guru jauh berbeza dari yang dinikmati oleh rakan sejawatan yang sama kelulusan di sekolah kebangsaan. Kemudahan SAR  tidak seperti di sekolah kebangsaan tiada makmal komputer, makmal sains dan makmal kemahiran hidup.



Namun keikhlasan dan kegigihan guru menyebabkan pencapaian SAR dalam PMR, SPM, STP lebih baik daripada Sekolah kebangsaan seperti yang dinyatakan hasil Kajian Status Sekolah Menengah Agama Rakyat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kuala Lumpur: BPPDP, Disember, 1996. 

Dipetik dari Laman Bicara SAR

Read More..

Sabtu, 4 Disember 2010

JADUAL UMUM PELAJAR 2011

Read More..

Rabu, 24 November 2010

APAKAH SABK….??? Oleh:DR. Mohd. Hairudin bin Amin

Saya telah dilahirkan di Felda Ayer Hitam pada tahun 1964. Mendapat pendidikan di SK Felda Ayer Hitam kluang 1971, Madrasah Arabiah Kluang 1977, Maahad Johor 1983, Selesai IV Thanawi ke Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai 1986, Sarjana Muda di UKM 1993, Sarjana Pendidikan Di UTM 1999.Menyempurnakan Doktor Falsafah 2008. Mempunyai cahaya mata seramai lapan orang, tujuh lelaki dan satu perempuan http://alumnisarjohor.blogspot.com

“Perlu diambil perhatian SABK adalah sekolah bantuan kerajaan, bukan sekolah kerajaan. Untuk itu sedikit sebanyak corak pentadbiran dan pengurusannya tentulah berbeza antara sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Hasrat asal (MP) ialah hasil daripada Laporan Tan Sri Murad yang bertujuan bukan untuk pengambilalihan tetapi untuk membuka ruang saluran bantuan seperti mana yang telah di kecapi oleh sekolah bantuan kerajaan yang lain. Begitu juga segala pekeliling yang dikeluarkan dan di edarkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kepada sekolah SABK tentu juga mempunyai beberapa perbezaan dari segi memahaminya berbanding sekolah kerajaan. Ini kerana dalam perkara IX Memorandum Persefahaman (MP) menjelaskan bahawa Pengerusi Majlis Agama Negeri dan Setiausaha kerajaan negeri merupakan wakil dan menjadi Lembaga Penasihat mengenai pengurusan dan pentadbiran pelaksanaan MP mengenai SABK. Program SABK bukan satu kaedah untuk mengambil alih sekolah SMAR ini tetapi lebih merupakan saluran untuk menyampaikan bantuan kepada sekolah Menengah Agama Rakyat.

Perkara yang perlu diperhatikan juga ialah peranan Majlis Agama mesti ditingkatkan dalam pelaksanaan SABK ini. Beberapa kelemahan yang wujud seperti peruntukan kaedah melantik pengetua, status kuasa negeri ke atas sekolah walaupun mereka di beri kuasa pemilikan tanah dan bangunan. Berkaitan pelantikan pengetua sebaiknya dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri. Ini disebabkan sejarah sekolah adalah asalnya di bangunkan oleh Majlis Agama. Begitu juga tanah dan bangunan adalah millik kerajaan negeri sebagaimana dalam MP Perkara VIII. Untuk memperkasakan lagi perjalanan SABK beberapa perubahan dan tambahan perlu dilakukan dan dijelaskan secara bertulis di dalam MP antaranya;

1. Pengetua SABK yang dilantik mestilah berpendidikan aliran Arab sepenuhnya dan cenderung kepada keunggulan SMAR.

2. Lepasan dari SMAR dan SMAN adalah satu keutamaan.

3. Sebarang Gred tidak menjadi syarat utama dalam lantikan pengetua, kerana ia adalah SABK bukan sekolah menengah yang di tadbir sepenuhnya oleh Kementerian. Kekananan guru di sekolah terbabit, keterampilan serta kebolehan guru pentadbir mestilah diutamakan dalam lantikan pengetua di SABK. Ringkasnya pelantikan pengetua hendaklah di lantik secara tertutup, hasil perundingan bersama dengan LPS / JPS, Majlis Agama dan Kementerian.

4. Tentang kemasukan murid semestinya ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri. Ini bagi memastikan wujudnya beberapa hal bersangkutan dengan umur dan tahap murid yang akan memasukinya. Akan wujud pelajar yang akan berpindah dari sekolah menengah ke SABK, sedangkan umur telah lebih 13 tahun. Di sinilah pertimbangan Majlis Agama dan LPS di perlukan di samping pengekalan semangat “ belajar sepanjang hayat” dan “belajar terus belajar”.

5. Beberapa perubahan lain perlu di lakukan kerana peranan Majlis Agama Islam Negeri tidak di sebut dengan jelas di dalam MP yang telah di tanda tangani. Peranan Majlis Agama Negeri sangat penting di dalam pentadbiran SABK kerana ”semangat asal sekolah” yang berpegang teguh kepada Falsafah Pendidikan Islam. Peranan Majlis Agama Negeri ini akan menjadikan kedaulatan Sultan tetap terlibat dalam hal ehwal Islam. Peranan Lembaga Pengelola Sekolah juga tidak terdapat di dalam MP. Ini sangat penting kerana SABK mesti mengekalkan tradisinya yang di bina oleh masyarakat melalui Lembaga Pengelola Sekolah.

Read More..

Selasa, 9 November 2010

Poster masih dalam pembaikan.. ada komen...?

Read More..

Isnin, 8 November 2010

Dapatkan Borang Pendaftaran Pelajar Baru Sekarang...!!!

Sila dapatkan segera borang pendaftaran pelajar baru Madrasah Makarimul Akhlak  sesi 2011 sekarang..!


*TARIKH BUKA PENDAFTARAN           : SEKARANG....
*TARIKH TUTUP PENDAFTARAN          : 24 DISEMBER 2010
*MASA PENDAFTARAN                           : 08.45 PG - 01.00 TGH

*BORANG PERMOHONAN MASUK PELAJAR BARU HENDAKLAH DIBAWA BERSAMA DENGAN DOKUMEN ASAL DAN 2 SALINAN SURAT AKUAN SEKOLAH TERDAHULU, KEPUTUSAN UPSR, SURAT BERANAK, SURAT PENGENALAN SEMENTARA, 2 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT DAN WANG YURAN SECUKUPNYA.

*UJIAN PENILAIAN PELAJAR BARU AKAN DIADAKAN PADA: 28 DISEMBER 2010

Sila Klip Borang di bawah:


 *Borang dihantar melalui POS akan dikenakan wang pos sebanyak RM5 sahaja untuk urusan proses borang dan surat jawapan.
*wang pos di atas nama: Jemaah Pengurusan Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak.
* atau Bank in RM5 ke akaun bank Islam: 02011010084242 (Jemaah Pengurusan Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak) sila masukan slip bayaran bersama borang tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Ustaz Mumtaz Juhdi (013-5920934)/Sdr. Mohamad Fairuz (019-5146405).

Sekian, terima kasih.


Read More..

Selasa, 2 November 2010

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2011

Sejarah Ringkas

Madrasah Makarimul Akhlak, Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Kechik, ditubuhkah oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah pada tahun 1953, merupakan sebuah sekolah agama tradisi pondok di Daerah Kota Setar, Kedah yang menawarkan Sistem Pendidikan Bersepadu Sekolah Menengah Agama di mana kami menerapkan pendidikan Azhari, Tahfiz, Pondok, Akademik dan Teknologi Maklumat kepada semua pelajar.
Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Kedah(JAIK) Sijil Pendaftaran Sekolah Agama Islam telah diperolehi pada 9 APRIL 1985 bersamaan 19 REJAB 1405. Nombor Pendaftaran (5/73).
Sistem pendidikan kami adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK).
Penubuhannya juga adalah bagi memenuhi keperluan pendidikan dan salah satu alternatif kepada pelajar untuk mendalami ilmu dengan menjadikan Al-Quran sebagai asas pembelajaran.
Kami menawarkan sesi persekolahan dari Tingkatan 1 hingga 6 (PMR, SMRA, SPM, MUET, STAM, STA dan SHAHADAH).



Kurikulum

Kurikulum
Subjek Matapelajaran Ting 1 Hingga 3

1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sejarah·
4. Bahasa Inggeris
5. Sains
6. Geografi
7. Kemahiran Hidup
8. Pendidikan Islam
9. Bahasa Arab(K)
10. Tafsir-Hadis
11. Tauhid-Feqah
12. Al-Quran/Tajwid
13. Nahu/Sorof
14. Mutalaah/Insya’

Subjek Matapelajaran Ting 4 Hingga 5

1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sejarah
4. Bahasa Inggeris
5. Sains
6. Perdagangan
7. Tafsir-Hadis
8. Al-Quran-Tajwid
9. Nahu/Sorof
10. Pendidikan Syariah Islam
11. Pendidikan Al-Quran/Sunnah
12. Bahasa Arab(T)
13. Tauhid-Feqah
14. Mutalaah/Insya'

Subjek Matapelajaran Ting 6

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Fekah/Faraidh
4. Tafsir /Ulumhu
5. Hadith/Ulumuhu
6. Adab/Nusus
7. Arudh/Qafiah
8. Al-Quran/Tajwid
9. Usul Fekah
10. Tauhid / Mantiq
11. Nahu /Sorof
12. Insya’/Mutlaah
13. Balagah


Sijil Tahfiz (Sijil di bawah sekolah)

· Sijil diberi mengikut Juzuk :
· 5, 10, 15, 20, 25, 30

*
Sukatan pelajaran yang ditawarkan adalah mengikut sukatan pelajaran dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.

*
Sesi persekolahan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama seperti PMR, SMRA, SPM, MUET, SHAHADAH, STA dan STAM disamping memiliki SIJIL TAHFIZ (mengikut juzuk).


Syarat kemasukan
Bagi kemasukkan ke Tingkatan Satu:


* Tamat Darjah Enam bagi sekolah kebangsaan dan tamat Darjah Lima atau Enam bagi sekolah rendah agama atau setaraf dengannya.
* Umur tidak melebihi 13 tahun.
* Lulus ujian penilaian yang diadakan oleh pihak Sekolah.
* Berkebolehan membaca al-Quran.
* Berkebolehan membaca dan menulis jawi.
* Berkemahiran dalam bidang agama.

Bagi kemasukkan ke Tingkatan Dua hingga Enam:


* Berasal dari sekolah agama aliran Arab, Pondok dan Tahfiz.
* Bersih dari sebarang masalah disiplin.
* Berkemahiran membaca al-Quran.
* Surat sokongan dan pengesahan dari Pengetua sekolah terdahulu.
* Lulus peperiksaan PMR di samping mendapat sekurang-kurangnya pangkat C dalam subjek bahasa Arab dan Pendidikan Islam.(Tingkatan Empat dan Lima sahaja).
* Lulus peperiksaan SPM di samping mendapat sekurang-kurangnya pangkat 6C bagi subjek bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, dan Pendidikan Syariah Islamiah.(Enam sahaja).
* Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah terdahulu adalah diutamakan.


Cara memohon

* Dapatkan borang permohonan masuk yang dikeluarkan pada bulan November setiap tahun.
* Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna dan hendaklah dikembalikan sebelum tarikh tutup.
* Kehadiran Ujian Kelayakan/Penilaian pada tarikh yang ditetapkan adalah diwajibkan.

Kemudahan Infrastruktur
· Surau
· Kemudahan asrama
· Perpustakaan
· Kelas komputer
· Tapak permainan
· Stor Sukan
· Kedai mini sekolah
· Bengkel kemahiran hidup
· Telefon awam
· Dewan kuliyyah
· Dewan Umum

Panduan Kelengkapan Asrama/Sekolah


Kelengkapan Pelajar Di Asrama (disediakan oleh pelajar)

Pakaian
· 2 atau 3 pasang pakaian seragam sekolah
· 1 pasang pakaian seragam asrama
· 1 pasang pakaian sukan (t-shirt dan seluar sukan tanpa corak)
· 2 pasang pakaian solat (baju melayu / jubah / raihan)

Pakaian Tambahan
· 1 helai baju T berkolar (tanpa corak)
· 2 helai kain pelikat
· 1 helai kain basahan untuk mandi
· 2 helai seluar slack
· 1 helai tuala mandi
· 2 pasang kasut sekolah
· 2 pasang stoking
· 1 pasang kasut sukan

Keperluan Tempat Tidur Dan Alatan
· Sebuah bantal
· 2 helai sarung bantal putih / biru (tanpa corak)
· 1 helai selimut
· Tilam (boleh dibeli di sekolah atau sendiri)
· Almari (boleh dibeli di sekolah atau sendiri)

Peralatan Harian
· 2 baldi saiz sederhana
· 1 gayung mandi
· Bakul buku
· Beg sekolah
· Penyangkut Baju (hanger)
· Set mandian
· Selipar / sandal
· Bekas Sabun
· 1 pinggan dan cawan

Keperluan Sekolah
· Alat tulis
· Set Geometri
· Kalkulator Saintifik
· Al-Quran / Terjemahan
· Kamus (arab-melayu dan inggeris-melayu)

NOTA PENTING
· Setiap barang / peralatan hendaklah bertanda / mempunyai nama
· Setiap pelajar hendaklah menjaga peralatan diri sendiri dan bertanggungjawab terhadap hak orang lain.

Read More..

Isnin, 23 Ogos 2010

Ucapan Sulung Syeikh Nuruddin Al-Banjari pada tahun 1998- Pesanan Ilmu

Dipetik dari: http://seridihati.blogspot.com
 
Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah - pada hari Itsnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)

http://syeikhnuruddin.blogspot.com/

* Jangan tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya. Penubuhan al Ma’hadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda‘watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.

* Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.


* Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.

* Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.

* Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.

* Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.

* Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.

* Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.

* Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.

* Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

Read More..

Sabtu, 21 Ogos 2010

Jemputan ke Majlis Tahlil Perdana

Add caption

Read More..

Selasa, 17 Ogos 2010

Sekalung Perhargaan


Assalamualaikum..

Saya selaku pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah mewakili J.K Jemaah Pengurusan Sekolah Makarimul Akhlak merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hjh. Zainab Bin Md Saman, BCK, Ketua Sektor Pendidikan Islam di atas sokongan, kerjasama dan segala sumbangan khidmat bakti yang telah diberikan selama memikul jawatan tersebut.

Sesungguhnya jasa bakti puan, itu tidak ternilai dan benar-benar menyentuh dan mengharukan perasaan, Semoga tautan ukhuwah di antara kita berpanjangan dan segala jasa baik yang telah puan hulurkan itu mendapat keredhoan dan kerahmatan oleh Allah SWT.

"ILMU ITU CAHAYA"

Sheikh Mohamad Bin Abdullah
Pengerusi Jemaah Pengurusan
Sek. Men. Agama Makarimul Akhlak.

Read More..

Sabtu, 14 Ogos 2010

Pengajian Kitab Umumi Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum... Jemaah Pengurusan Sek. Men. Agama Makarimul Akhlak Langgar, di bawah unit jawatankuasa tahlil menganjurkan pengajian umumi sepanjang ramadhan.





Pengajian Kitab Umumi
"شرح مختصر جدا على متن الجرومية"
Yang akan disampaikan oleh:
Baba Ahmad Yasin Fatani
Pada setiap hari persekolahan sepanjang ramadhan 2010
Selepas solat asar dan diakhiri dengan tahlil
*Juadah ringan berbuka puasa disediakan secara percuma.


Muslimin-muslimat dijemput hadir.

Sekian.. Wassalam.


Read More..

Isnin, 2 Ogos 2010

Borang Tahlil Sepanjang Ramadhan

Read More..

Tahniah di atas penubuhan PPSAWNK

Assalamualaikum.. JPS SMAMA mengucapkan tahniah di atas penubuhan Persatuan Pengurus Sekolah-Sekolah Agama Warisan Negeri Kedah dan syabas kerana telah diterima pndaftaranya. Antara objektifnya yang hebat ialah memperkasakan sukatan azhari dan menyelaraskan sukatan di setiap sekolah agama warisan negeri Kedah.

Kami JPS SMAMA rasa terharu dengan penubuhan ini dan berharap setiap usaha murni penggeraknya akan mendapat ganjaran pahala yang setimpanya dari pencipta kita, amin...

PERSATUAN PENGURUS
SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA WARISAN 
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
(PPSAWANK)
Beralamat di: Ampang Jeneri 08320, Sik, Kedah Darul Aman. No Tel: 04-4620726

Dengan tema "Warisan Peneraju Ummah", JPS SMAMA percaya persatuan ini akan menjadi penyatu antara sekolah-sekolah agama dalam menghadapi cabaran dan mehnah dunia hari ini, insyaAllah.

JPS SMAMA menyeru sahabat-sahabat pengurus sekolah-sekolah agama warisan negeri Kedah untuk sama-sama menyertai dan terlibat secara langsung dalam menjayakan misi dan visi PPSAWNK.

Sebarang keterangan lanjut sahabat-sahabat boleh menghubungi Sheikhuna Ramli bin Hassan di talian: 019-5485086.

Sekian salam hormat, Terima Kasih.

Wassalam..

Read More..

Ahad, 16 Mei 2010

JPS Mengucapkan.."Selamat Hari Guru"

Read More..

Rabu, 13 Januari 2010

Ahlan wasahlan... Kepada Tullab Jadid.


14 Jan 2010, Jemaah Pengurusan Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak mengalu-alukan warga baru SMAMA. Alhamdulillah. seramai 59 orang pelajar asrama putera dan 60 orang pelajar asrama puteri telah secara rasminya menjadi warga SMAMA.





Jawatankuasa Asrama telah menubuhkan tujuh kumpulan usrah, dan kini semua usrah telah bergiat aktif, para naqib pula sedang menunaikan tangunggujawab masing-masing.. menggalas misi JPS iaitu menjadikan SMAMA sebagai sebuah institusi melahir ulama'.

 
Usrah merupakan agenda penting demi mengeratkan hubungan antara pelajar asrama didalam sebuah kumpulan yang kuat berasaskan tiga rukun utama usrah iaitu.. taaruf, tafahhum dan takaful.
 
Taaruf bermaksud saling kenal-mengenali, tafahhum maksudnya saling memahami dan yang ketiga pula iaitu takaful bermaksud saling tolong-menolong diantara satu sama lain.. walaupun masih diperingkat awal usrah tersebut terbentuk, alhamdulillah kesannya amat membanggakan apabila setiap ahli kumpulan menyemai kuntum-kuntum mahmudah...


Pihak JPS mengucapkan tahniah kepada pelajar baru yang terpilih untuk tinggal di asrama... Selamat datang dan semoga antum merupakan benih-benih mahmudah yang akan menjayakan visi dan misi JPS SMAMA.. insya'Allah. amin..
wassalam.

Read More..

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir