.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Sabtu, 18 Disember 2010

"Kacau Bubur Asyura" Warga SMAMA

Tanggal 19 DISEMBER 2010, Madrasah Makarimul Akhlak telah mengadakan majlis "kacau bubur asyura", alhamdulillah majlis ini berjalan dengan jayanya dengan disertai oleh pelajar tingkatan 5 SPM yang menginap di asrama semasa cuti sekolah, pengawal keselamatan sekolah, pembantu perkhidmatan kebersihan sekolah dan masyarakat setempat.







Kelebihan Hadis Hari Asyura
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

# ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
# ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
# Diciptakan lautan pada 10 Muharram
# Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
# Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
# Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
# Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
# Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
# Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
# Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
# Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
# Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
# Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
# Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
# Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
# Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
# Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
# Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
# Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
# Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
# Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
# Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Semoga majlis seperti ini sentiasa diingati dan diraikan agar setiap jenerasi merayakanya dan tidak melupainya..

Dan harapan Jemaah Pengurusan Sekolah semoga silaturrahim yang terjalin ini berkekalan dan mendapat keberkatan serta keredhoan dari Allah s.w.t.

Read More..

Rabu, 15 Disember 2010

Hari Orientasi Pelajar Baru- Unit Sambutan Pelajar Baru (Dapatkan Tentatif Program Di sini)

1.0. Pendahuluan.


Program ini dijalankan oleh Unit Sambutan Pelajar Baru sekolah adalah bertujuan bagi membantu pelajar baru membiasakan diri dengan keadaan suasana, persekitaran asrama dan sekolah. Selain itu juga, pelajar baru akan diajar untuk menepati waktu-waktu persekolahan, rehat, makan, minum dan rekreasi.




Pelajar juga diajak untuk berkenalan dengan warga sekolah yang lain khasnya Pengerusi dan AJK Jemaah Pengurusan Sekolah, Pengetua, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah dan warga pondok. Dalam Program Orientasi ini pelajar dibawa melawat kawasan sekitar sekolah seperti Surau,  Blok Pentadbiran, Blok Kelas, Makmal Komputer, Perpustakaan, Gelanggang Permainan serta Asrama lelaki dan perempuan.


Antara aktiviti yang dirancang ialah seperti sesi  taa’ruf, Ucapan Pihak Pengurusan dan Pentadbiran, Pendedahan tentang Disiplin sekolah dan Asrama, Latihan dalam kumpulan, ceramah dan Latihan Daya Ingatan ( Max Recall) serta dimuat juga slot penjelasan pembahagian buku teks. Selain itu, pelajar juga turut didedahkan dengan aktiviti selingan belajar Nasyid Sekolah, Ikrar, lagu Kebangsaan dan lagu Negeri Kedah.


Di sepanjang program pelajar juga diminta untuk menyediakan buku catatan untuk mencatat aktiviti dan mengambil  tandatangan warga SMAMA. Mereka juga diminta membuat tag nama dengan kertas manila dengan jelas sepanjang program berjalan.  Setiap aktiviti yang dijalankan adalah merupakan modul tarbiyyah untuk memantapkan iman dan jati diri sebagai seorang pelajar  Islam pewaris para Anbiya’.


Semoga dengan perancangan sebegini dapat membantu mengurangkan masalah HOME SICK  dan rasa rendah diri di kalangan pelajar baru.


2.0   Matlamat.


•   Melahirkan pelajar  yang ada tarbiyyah Islamiah dan semangat motivasi diri yang tinggi

•   Melahirkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi peraturan sekolah Agama.

•   Melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat yang jelas dan kepimpinan untuk berusaha ke arah kesyumulan Islam

•   Melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwawasan serta kreatif dan kritis dalam menangani cabaran dalam kehidupan



3.0.    Objektif


I.   Menyedar dan membina keyakinan diri pelajar melalui Latihan  Dalam Kumpulan yang dijalankan.

II.   Memberi pengalaman dan pengetahuan baru tentang kehidupan di Sekolah Menengah Agama.

III.   Membina daya tahan serta membentuk konsep kendiri yang tinggi di dalam diri pelajar.

IV.   Membina kecemerlangan pelajar berlandaskan “Ulama’ Pewaris Para Nabi”



4.0. Kumpulan  Sasar


Modul ini dirangka khusus untuk Pelajar- pelajar Tingkatan Satu dan pelajar baru.


5.0    Tempoh Perlaksanaan


Modul ini dijalankan selama  6 hari 5 malam.


( Rujuk  Lampiran Jadual Program )


Kaedah perlaksanaan :


Ø   Perkenalan (Taa’ruf)

Ø   Latihan Dalam Kumpulan

Ø   Perbincangan dalam kumpulan

Ø   Ceramah/Motivasi/Taklimat

Ø   Persembahan

Ø   Senaman/Rekreasi

Ø   Max recall/Ujian Diagnostik


6.0   Sumber  Kewangan


Ini bergantung kepada peruntukan sekolah, sumbangan waris dan orang ramai.


7.0    Ahli Jawatan kuasa Induk


Pengerusi                            : Pengetua

Setiausaha                          : PK HEM

Naib Setiausaha                : Pembantu Petadbiran

Bendahari                           : Pembantu Kewangan

Penyelaras                          : Guru Bimbingan dan Kaunseling



8.0   Penutup.



Semoga Program yang telah dirancangkan ini dapat pertolongan dari Allah SWT dan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Adalah menjadi harapan pihak Pengurusan dan Pentadbiran sekolah supaya pelajar yang mengikuti program ini mendapat  faedah dan manfaat dan seterusnya dapat belajar di Madrasah Makarimul Akhlak dengan suasana belajar yang aman dan sejahtera.


Semoga program ini dapat mencapai Visi sekolah iaitu “Menjadikan Madrasah Makarimul Akhlak Melahirkan Pewaris Ulama’ dan Profesional Islam 2016”.

..::Dapatkan Tentatif Program Di sini::..

Read More..

APA ITU SEKOLAH AGAMA RAKYAT ( SAR)


APA ITU SEKOLAH AGAMA RAKYAT ( SAR)


Sultan Kedah adalah pelupur SAR dengan menubuhkan Maktab Mahmud .Tuan Guru Haji Yahya Junid - SMA Taufiqiah bt. 16 Padang Lumat. Tuan Guru Haji Abdullah Kechik - SMA Makarimul Akhlak, Langgar. Tuan Guru Haji Tajuddin- SMA Nadhah Hasanah, Melele. Tuan Guru Haji Othman Junusi - SMA AnNahdhah Bukit Besar. Dan lain-lain


Di negeri Kedah terdapat 54 SAR  , 46 daripadanya berdafttar di bawah JAIK.

Jumlah pelajar melebihi 20 000 orang. Jumlah guru dan kakitangan sekolah ialah 1600 orang dengan pelbagai kelulusan dari peringkat pengajian pondok hingga MA. Pelajar dan kakitangan semuanya beragama Islam dan 99 % adalah berbangsa melayu.


APA YANG DIAJAR DISEKOLAH AGAMA RAKYAT



70 % matapelajaran yang diajar di SAR berteraskan agama dan 30 % akademik. SAR menggunapakai sukatan pelajaran daripada Universiti Al Azhar, Mesir dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan Al Azhar meliputi pengajian agama dan bahasa dengan bahasa pengantar ialah bahasa ARAB.

Matapelajaran nya ialah Fekah, Tasauf, Ulum Quran, Tafsir, Hadis, Ulum Hadis, Usul Fiqh, Balaghah, Tauhid, Takbir, Nahu, Saraf, Imlak, Muhaddasah, Mutalaah, Mahfuzad, Usuluddin, Sirah, Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sastera Melayu dan lain-lain

Pendidikan akhlak dan ketaat kepada agama menjadi teras pendidikan.


APAKAH HASIL KAJIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TERHADAP SEKOLAH AGAMA RAKYAT



Kajian Trend Perkembangan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Agama di Malaysia oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: BPPP, Mei 1992.

 

Kajian ini melibatkan 36 buah sekolah agama sekolah agama negeri (SAN), sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah agama swasta (SAS) dari tahun 1987 hingga 1991di enam buah negeri. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik, pemerhatian dan temubual sebagai instrumen.



Kajian mendapati

  • kebanyakan guru di SAR bersikap dedikasi terhadap profesion mereka kerana pegangan agama (taat kepada Allah). Mereka bersemangat tinggi untuk memajukan bangsa dan agama.
  • Sekolah-sekolah agama memberi penekanan kepada usaha membenteras masalah keruntuhan moral, dan mewujudkan suasana kekeluargaan di sekolah dan mengamalkan sifat persaudaraan yang tulin.
  • Pengajaran-pembelajaran menekankan pembentukan sifat-sifat mulia, iman dan hukum Allah. Pelajar-pelajar diberikan kebebasan memilih jurusan pengajian masing-masing terutamanya dalam pengajian agama.
  • Guru menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajar dan didapati mereka sanggup berkhidmat walaupun kelengkapan sekolah tidak mencukupi.
  • SAN mempunyai kelebihan fizikal hampir setaraf atau sama dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
  • Kebanyakan SAR berusaha sendiri mempertingkatkan pembangunan fizikal sekolah dan asrama.
  • Kajian juga mendapati sekolah-sekolah berkenaan kekurangan kemudahan fizikal dan bantuan kewangan.
  • Pelajar mempunyai beban tugas belajar yang lebih dan didapati keperluan kegiatan kokurikulum pelajar tidak seimbang dengan kegiatan akademik.
  • Walau bagaimanapun pelajar lepasan sekolah-sekolah agama mempunyai peluang yang lebih luas berbanding dengan lepasan sekolah-sekolah biasa kerana mereka mempunyai pengetahuan akademik dan senawi, selain daripada mempelajari Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


BAGAIMANA PENCAPAIAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT



Masalah disiplin SAR amat rendah jika dibandingkan sekolah kebangsaan. Malah paling minimanya pelajar tersebut mampu membina kehidupan beragama dalam masyarakat seperti menjadi imam memimpin masyarakat.

Pencapaian PMR, SPM, STP adalah amat membanggakan hingga ramai yang mampu memasuki universiti tempatan dan keluar negara lalu lahir sebagai tokoh ilmuan dalam masyarakat.



Antara tokoh-tokoh pelbagai bidang yang lahir dari sekolah agama rakyat


NAMA
BIDANG YANG DICEBURI
SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Sheikh Abd. Majid
Mufti Kerajaan Negeri Kedah
Maktab Mahmud Alor Setar
Dr. Mohammad Awang Yunus
Doktor Gigi , Klinik, Pekan Baling
Yayasan Khairiah , Baling
Dr. Jamnul Azhar Bin Mulkan
Doktor Perubatan di Hospital Kangar, Perlis
Maktab Mahmud Alor Setar
Mohd. fuad bin haji Yahya
Arketik
SMA Taufiqiah, Bt. 16, Pdg.Lumat
YB. Ir. Fakhrulrazi bin Zawawi
Jurutera Perunding
Maktab Mahmud Alor Setar
Dato’ Abd.Hamid Othman
Penasihat Agama PM
SMA AnNahzah Bukit Besar
Abd Halim Said
Peguam
Maktab Mahmud Alor Setar
Wan Mustaffa
Bekas Pegawai Daerah Yan ( D.O)
SMA Raudhah Ulum Langgar
Kol. Najmi Hj. Ahmad
Kol Kor Agama Angkatan Tentera
Yayasan Khairiah, Baling
Abd. Rahim bin Hanafi
Pegawai Tinggi Polis Bukit Aman
Maktab Mahmud Alor Setar


APAKAH SUMBANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT KEPADA KITA



  • Memberi ilmu dan kefahaman Islam juga memimpin kehidupan beragama dalam masyarakat
  • Melahirkan ulamak dan cerdik pandai melayu Islam yang mempunyai asas kefahaman Islam yang mantap.
  • Mendidik anak-anak bangsa memahami dan menghayati islam dengan lebih sempurna. Mengurangkan gejala sosial.
  • Melengkapkan untuk sistem pendidikan dinegara ini.
  • Membuka peluang pekerjaan kepada bangsa melayu islam. Mengurangkan pengangguran.


APAKAH MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SEKOLAH AGAMA RAKYAT



Sekolah Agama Rakyat bukan institusi pendidikan berorentasikann keuntungan kebendaan. Ianya lahir atas rasa tanggungjawab keagamaan oleh tokoh-tokoh ulamak . Justeru itu yuran pembelajaran tahunan terlalu rendah.  Sumber kewangan adalah melalui sumbangan zakat dan infak yang tidak menentu selain sedikit peruntukan dari Jabatan Agama Islam Negeri dan Kementerian Pendidikan.



Oleh itu masalah kewangan adalah terlalu serius. Tangga gaji guru jauh berbeza dari yang dinikmati oleh rakan sejawatan yang sama kelulusan di sekolah kebangsaan. Kemudahan SAR  tidak seperti di sekolah kebangsaan tiada makmal komputer, makmal sains dan makmal kemahiran hidup.



Namun keikhlasan dan kegigihan guru menyebabkan pencapaian SAR dalam PMR, SPM, STP lebih baik daripada Sekolah kebangsaan seperti yang dinyatakan hasil Kajian Status Sekolah Menengah Agama Rakyat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kuala Lumpur: BPPDP, Disember, 1996. 

Dipetik dari Laman Bicara SAR

Read More..

Sabtu, 4 Disember 2010

JADUAL UMUM PELAJAR 2011

Read More..

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir