.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Selasa, 25 Januari 2011

Perhimpunan Mingguan SMA Makarimul Akhlak 2011


Tanggal 23 Januari 2011, Kali pertama perhimpunan mingguan untuk tahun 2011 dapat diadakan sebagai mukhadimah bagi perhimpunan rutin mingguan. Kepentingan dan kebaikan perhimpunan sudah diketahui umum bahawa ia amat bermanfaat sebagai medan untuk menyampaikan berita dan info semasa terutama sekolah yang sentiasa dihujani pekeliling-pekeliling yang perlu dilaksanakan secara berperingkat dari semasa kesemasa.

Antara atucara perhimpunan:
  • Pelajar berbaris.
  • Semua guru mengambil tempat.
  • Dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi.
  • Nasyid Asma ul-husna, Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri Kedah.
  • Ucapan guru bertugas.
  • Ucapan Penolong Kanan.
  • Ucapan Pengetua
  • Doa dan Nasyid doa Khatam Al-Quran.
  • Pemeriksaan Pengawas.
  • Bersurai.

Ucapan aluan dan taujihad dimulakan oleh Ust Hizmi Naim yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran dengan dipengerusikan oleh Ust Khairul Anuar. Antara perkara penting yang beliau sarankan adalah adab penuntut ilmu, bagaimana beradap dengan ibu-bapa, guru, serta mesyarakat sekeliling bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan iklim yang sejahtera.

Ucapan penutup pula disempurnakan oleh Mudir, Ust Mumtaz Juhdi Mohamad, beliau pula menekankan kepentingan displin dalam semua aspek terutama masa. antaranya lagi beliau sering mengulangi "kualiti mampu mengangkat kuantiti untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang lebih ramai bilangan pelajarnya". Beliau juga turut menyampaikan info dan perkembangan semasa sekolah.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa dan nasyid doa khatam Al-Quran.

Read More..

Ahad, 16 Januari 2011

Kelas Hafazan Al-Quran

 kelebihan membaca dan mendengar al-Quran. Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran.

  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.
Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.


Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.

Di Petik dari: http://www.imranshamsir.com/al-quran/kelebihan-menghafaz-al-quran/

Read More..

Selasa, 11 Januari 2011

Sejarah Kembali Berulang...

Assalamualaikum.. Tanggal 09 Januari 2011, Sejarah berulang kembali, Sek. Men. Agama Makarimul Akhlak kini memulakan lembaran baru setelah menerima pelbagai "FITNAH" menerusi media cetak dan media elektronik. Alhamdulillah.. Seramai 15 orang pelajar adalah generasi pertama di bawah misi "SEK. MEN. AGAMA MAKARIMUL AKHLAK ADALAH SEBUAH INSTITUSI MELAHIRKAN PEWARIS ULAMA DAN PROFESIONAL ISLAM 2016" yang bakal didik berpandukan modul baru Sek. Men. Agama Makarimul Akhlak.


Bermula dengan memelihara Kalam Allah, penekanan akhlak pelajar sehingga penguasaan dan penggunaan bahasa arab yang menyeluruh. subjek yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut diajar manakala Subjek sukatan Azhari diutamakan bagi memastikan pelajar dapat menguasai ilmu agama yang sempurna sehingga melayakan mereka bergelar pewaris ulama dan seterusnya menjadi pewaris para Anbiya'.

Dikesempatan ini pihak Jemaah Pengurusan Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris kerana telah memberi kepercayaan dan semangat yang kuat kepada pihak Jemaah dan Pentadbiran Sekolah yang baru bagi meneruskan pengajian yang berpaksikan hasrat murni pengasas sekolah iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah bin Yusuf.

Ucapan terima kasih, taniah dan syabas kepada semua warga Makarimul Akhlak yang telah berjaya mangharungi segala cabaran semasa dan menyumbang segala keringat bagi menjayakan misi dan visi baru Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak.

Dan jutaan terma kasih juga kepada semua dermawan yang budiman kerana turut serta meringankan bebanan yang terpaksa ditangung oleh Pentadbiran sekolah.

Semoga segala sumbangan yang telah dihulurkan oleh semua pihak mendapat ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Wassalam.

Read More..

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir