.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Ahad, 20 Februari 2011

Read More..

"SMAMA Akan Melancarkan Buku Hasil Karya Tenaga Pengajarnya Sebagai Dana Untuk Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah"

Warga SMAMA mengucapkan Tahniah dan syabas kepada Ust Firdaus Khalil Al-Bakri kerana berjaya menghasilkan sebuah buku yang amat berharga dan bermakna bagi pencinta ilmu. Pada 02 MAC 2011 ..:: Akan Datang::.. ,bertempat di Karnival Kedah Sejahtera Langgar, Alor Setar, kedah SMAMA BisNes Team akan melancarkan buku terbaru karangan beliau yang bertema "Hukum Bersentuhan Antara Lelaki dan Perempuan: Hukum dan Dalilnya". Kepada semua pembaca sila dapat buku tersebut di karnival dan di pasaran. Sebagai sumber ilmu dan sumbangan Anda. Terima Kasih.

Read More..

Rabu, 16 Februari 2011

Tenaga Pengajar dan Pelajar sesi 2011

Read More..

Selasa, 8 Februari 2011

Latar Belakang Sejarah Sekolah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pada dasarnya sepertimana negeri-negeri Melayu yang lain khususnya Negeri Kedah di daerah Kota Star lahirlah seorang tokoh ulama yang telah menyebarkan perkembangan Islam melalui institusi pengajian “umumi’ (pondok) yang telah diasaskan pada tahun 1952M bersamaan 1371 oleh Tuan Guru Hj. Abdullah b. Hj.Yusuf atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Hj.Lah Kecik. Beliau merupakan salah seorang ulama terkenal di Negeri Kedah yang cuba mengorak langkah mengharungi cabaran untuk menyuburkan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat melalui kuliah yang di sampaikan.


Setelah beberapa tahun berlalu Pondok Tuan Guru Hj. Abdullah Langgar saban hari menerima kunjungan pelajar dari seluruh pelusuk tanahair. Jadual pengajiannya terlalu padat, bermula selepas solat subuh sehingga jam 10 malam dengan menggunakan kitab-kitab termasyhur karangan ulama-ulama terkenal seperti “Iqna’a”, “Jurumiah”, “Kawakib”, “Fathul Wahab”, “Ibnu Aqil”, “Jalalain”, “Hikam”, “Jauharul Mauhub” dan lainnya.

Para pelajar yang datang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat sama ada pemuda, remaja atau pun dewasa bahkan golongan warga emas tidak melepaskan peluang untuk memilih pondok Langgar sebagai destinasi persinggahan mereka untuk menimba ilmu pengetahuan disamping melakukan amal ibadat dengan lebih sempurna bersama Tuan Guru Hj.Abdullah demi mengharapkan keberkatan dan keredhaan Ilahi.
Pada tahun 1975 Tuan Guru Hj. Abdullah Langgar meninggal dunia, maka sistem pengajian pondok diteruskan oleh anak sulungnya Tuan Sheikh Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan “Pak Long”. Sistem pengajian diperluaskan skop pembelajarannya kepada pelajaran arab, agama dan akademik. Kejayaan demi kejayaan telah dinikmati oleh setiap generasi yang lahir dari institusi ini apabila dasar pendidikan terus diperjuangkan oleh menantunya Almarhum Tuan Sheikh Ismail b. Senawi sehinggalah ia dipanggil menghadap Ilahi pada 16 Ogos 2006.

Kini warisan menerajui dengan gandingan dan kerjasama serta jalinan persefahaman yang padu di antara anak dan cucu almarhum Tuan Guru Hj.Abdullah Kecik serta warga Madrasah yang turut memerah keringat telah menambat keyakinan dikalangan para waris dan masyarakat apabila memilih institusi ini sebagai medan untuk meneruskan perjuangan mereka untuk mendapatkan didikan agama di bawah misi baru “Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak Melahirkan Pewaris Ulama dan Profesional Islam 2016”.

Sekian. Wassalam.

Read More..

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir