Read More..
.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.
Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011
Selasa, 3 Mei 2011
Sekitar lawatan ke Pattani Thailand Bersama Mudir SMAMA dan Baba Othman..
Read More..
Sabtu, 16 April 2011
Sma Makarimul Akhlak VS Islah Pendang "n" Nahdah Bukit Besar.
Read More..
Sabtu, 26 Mac 2011
Kuliah Harian.."Ilmu Itu Cahaya"
PENGAJIAN SELEPAS MAGRIB (AHAD) KITAB “TAFSIR NUR IHSAN” OLEH: PAKLONG SHEIKH MOHAMAD BIN TUAN GURU HAJI ABDULLAH. (ISNIN) KITAB “MANHAJ AHLI SUNNAH” OLEH: USTAZ KHAIRUL ANUAR. (RABU) “MUNYATUL MUSOLLI” OLEH: USTAZ OTHMAN. (SABTU) KITAB ”TAJZIB ATRAF FIL HADITH”OLEH; USTAZ MUMTAZ JUHDI.
PENGAJIAN MEMANTAPKAN ILMU, IMAN DAN AMAL,SETIAP HARI AHAD SEHINGGA KHAMIS, JAM 12.30 TGH SEHINGGA ZOHOR DAN JAM 04.00 PTG SEHINGGA ASAR.(SOLAT ZOHOR DAN ASAR BERJAMAAH) OLEH: BABA OSMAN AL-BAKUMI AL-FATANI.
RAHSIA MENYUCIKAN HATI DENGAN KITAB “PENAWAR BAGI HATI”, SETIAP HARI SELASA SELEPAS SUBUH,(SOLAT SUBUH BERJAMAAH) OLEH: USTAZ HAJI JOHARI BIN HAJI MORAD.
PERMATA ILMU RAHSIA DAN KELEBIHAN BERIBADAT DENGAN KITAB “AL-JAUHAR AL-MAUHUB” pendek kata “Syoknya.. beribadat….” SETIAP JUMAAT, JAM 10.00 SEHINGGA 11.30. OLEH: BABA OSMAN AL-BAKUMI AL-FATANI.
- Pengajian secara percuma sahaja...
ANJURAN : UNIT PENGAJIAN PONDOK MADRASAH MAKARIMUL AKHLAK, LANGGAR. Read More..
Selasa, 8 Mac 2011
Dapatkan Buku Hasil Karya Guru SMAMA
"Kepada pembaca, sekiranya anda ingin mendapatkan buku tersebut sila hubungi pejabat Sekolah di talian 04-7876193. Kami juga menawarkan pakej beli dan wakaf kepada sekolah-sekolah pilihan anda.. sama-samalah kita membeli dan menderma semoga menjadi bekalan kita di sana...
Read More..
SMAMA Menyertai Karnival Kedah Sejahtera
Selain dari pameran, SMAMA Bi$ness Team juga turut membuka gerai jualan Sup Special, ini adalah pengalaman pertama tenaga pengajar dan warga smama membuka gerai Sup Special yang agak mencabar.
Di Karnival tersebut SMAMA Bi$ness Team telah melancarkan buku pertama hasil karya Ust Firdaus Khalil Al-Bakri, dalam pelancaran tersebut selebriti terkenal Bob Lokman telah sudi untuk menerima hadiah sebuah buku cendermata kenang-kenangan dari penulis. Selain selebriti terkenal tersebut beberapa tokoh politik terkenal tanah air juga iaitu YB Dato' Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Ustaz Izzat Syauqi, Timbalan Speaker Negeri Kedah Adun Bukit Lada dan Adun Tenang Cikgu Normala Sudirman turut menerima hadiah sebuah buku sebagai kenang kenangan dari penulis.
Bob Lokman sedang merenung tajuk Buku "Bersentuhan Antara Lelaki dan Perempuan Hukum dan Dalilnya"
YB Dato' Mahfuz dan Penulis...
"Kepada pembaca, sekiranya anda ingin mendapatkan buku tersebut sila hubungi pejabat Sekolah di talian 04-7876193. Kami juga menawarkan pakej beli dan wakaf kepada sekolah-sekolah pilihan anda.. sama-samalah kita membeli dan menderma semoga menjadi bekalan kita di sana...
Alhamdulillah buku ini juga turut menyokong pendirian Cikgu Normala dalam Isu bersentuhan antara lelaki dan perempuan dari sudut pandangan Islam.
Jemaah Pengurusan Sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Smama terutama SMAMa Bi$ness Team kerana telah bekerja keras mencari dana bagi melicinkan pengurusan pentadbiran sekolah, JPS juga turut mengucap jutaan terima kasih kepada PIBG sekolah kerana sentiasa memberi sokongan padu kepada pentadbiran sekolah, semoga segala usaha murni ini akan mendapat ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Sekian.
Read More..
Ahad, 20 Februari 2011
"SMAMA Akan Melancarkan Buku Hasil Karya Tenaga Pengajarnya Sebagai Dana Untuk Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah"
Rabu, 16 Februari 2011
Selasa, 8 Februari 2011
Latar Belakang Sejarah Sekolah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pada dasarnya sepertimana negeri-negeri Melayu yang lain khususnya Negeri Kedah di daerah Kota Star lahirlah seorang tokoh ulama yang telah menyebarkan perkembangan Islam melalui institusi pengajian “umumi’ (pondok) yang telah diasaskan pada tahun 1952M bersamaan 1371 oleh Tuan Guru Hj. Abdullah b. Hj.Yusuf atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Hj.Lah Kecik. Beliau merupakan salah seorang ulama terkenal di Negeri Kedah yang cuba mengorak langkah mengharungi cabaran untuk menyuburkan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat melalui kuliah yang di sampaikan.
Setelah beberapa tahun berlalu Pondok Tuan Guru Hj. Abdullah Langgar saban hari menerima kunjungan pelajar dari seluruh pelusuk tanahair. Jadual pengajiannya terlalu padat, bermula selepas solat subuh sehingga jam 10 malam dengan menggunakan kitab-kitab termasyhur karangan ulama-ulama terkenal seperti “Iqna’a”, “Jurumiah”, “Kawakib”, “Fathul Wahab”, “Ibnu Aqil”, “Jalalain”, “Hikam”, “Jauharul Mauhub” dan lainnya.
Para pelajar yang datang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat sama ada pemuda, remaja atau pun dewasa bahkan golongan warga emas tidak melepaskan peluang untuk memilih pondok Langgar sebagai destinasi persinggahan mereka untuk menimba ilmu pengetahuan disamping melakukan amal ibadat dengan lebih sempurna bersama Tuan Guru Hj.Abdullah demi mengharapkan keberkatan dan keredhaan Ilahi.
Pada tahun 1975 Tuan Guru Hj. Abdullah Langgar meninggal dunia, maka sistem pengajian pondok diteruskan oleh anak sulungnya Tuan Sheikh Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan “Pak Long”. Sistem pengajian diperluaskan skop pembelajarannya kepada pelajaran arab, agama dan akademik. Kejayaan demi kejayaan telah dinikmati oleh setiap generasi yang lahir dari institusi ini apabila dasar pendidikan terus diperjuangkan oleh menantunya Almarhum Tuan Sheikh Ismail b. Senawi sehinggalah ia dipanggil menghadap Ilahi pada 16 Ogos 2006.
Kini warisan menerajui dengan gandingan dan kerjasama serta jalinan persefahaman yang padu di antara anak dan cucu almarhum Tuan Guru Hj.Abdullah Kecik serta warga Madrasah yang turut memerah keringat telah menambat keyakinan dikalangan para waris dan masyarakat apabila memilih institusi ini sebagai medan untuk meneruskan perjuangan mereka untuk mendapatkan didikan agama di bawah misi baru “Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak Melahirkan Pewaris Ulama dan Profesional Islam 2016”.
Sekian. Wassalam.
Read More..
Selasa, 25 Januari 2011
Perhimpunan Mingguan SMA Makarimul Akhlak 2011
Tanggal 23 Januari 2011, Kali pertama perhimpunan mingguan untuk tahun 2011 dapat diadakan sebagai mukhadimah bagi perhimpunan rutin mingguan. Kepentingan dan kebaikan perhimpunan sudah diketahui umum bahawa ia amat bermanfaat sebagai medan untuk menyampaikan berita dan info semasa terutama sekolah yang sentiasa dihujani pekeliling-pekeliling yang perlu dilaksanakan secara berperingkat dari semasa kesemasa.
Antara atucara perhimpunan:
- Pelajar berbaris.
- Semua guru mengambil tempat.
- Dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi.
- Nasyid Asma ul-husna, Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri Kedah.
- Ucapan guru bertugas.
- Ucapan Penolong Kanan.
- Ucapan Pengetua
- Doa dan Nasyid doa Khatam Al-Quran.
- Pemeriksaan Pengawas.
- Bersurai.
Ucapan aluan dan taujihad dimulakan oleh Ust Hizmi Naim yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran dengan dipengerusikan oleh Ust Khairul Anuar. Antara perkara penting yang beliau sarankan adalah adab penuntut ilmu, bagaimana beradap dengan ibu-bapa, guru, serta mesyarakat sekeliling bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan iklim yang sejahtera.
Ucapan penutup pula disempurnakan oleh Mudir, Ust Mumtaz Juhdi Mohamad, beliau pula menekankan kepentingan displin dalam semua aspek terutama masa. antaranya lagi beliau sering mengulangi "kualiti mampu mengangkat kuantiti untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang lebih ramai bilangan pelajarnya". Beliau juga turut menyampaikan info dan perkembangan semasa sekolah.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa dan nasyid doa khatam Al-Quran.
Read More..
Ahad, 16 Januari 2011
Kelas Hafazan Al-Quran
- Ganjaran di dunia.
- Ganjaran di akhirat.
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.
Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
- Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
- Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
- Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)Ganjaran di akhirat
- Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
- Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
Di Petik dari: http://www.imranshamsir.com/al-quran/kelebihan-menghafaz-al-quran/
Read More..
Selasa, 11 Januari 2011
Sejarah Kembali Berulang...
Bermula dengan memelihara Kalam Allah, penekanan akhlak pelajar sehingga penguasaan dan penggunaan bahasa arab yang menyeluruh. subjek yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut diajar manakala Subjek sukatan Azhari diutamakan bagi memastikan pelajar dapat menguasai ilmu agama yang sempurna sehingga melayakan mereka bergelar pewaris ulama dan seterusnya menjadi pewaris para Anbiya'.
Dikesempatan ini pihak Jemaah Pengurusan Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris kerana telah memberi kepercayaan dan semangat yang kuat kepada pihak Jemaah dan Pentadbiran Sekolah yang baru bagi meneruskan pengajian yang berpaksikan hasrat murni pengasas sekolah iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah bin Yusuf.
Ucapan terima kasih, taniah dan syabas kepada semua warga Makarimul Akhlak yang telah berjaya mangharungi segala cabaran semasa dan menyumbang segala keringat bagi menjayakan misi dan visi baru Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak.
Dan jutaan terma kasih juga kepada semua dermawan yang budiman kerana turut serta meringankan bebanan yang terpaksa ditangung oleh Pentadbiran sekolah.
Semoga segala sumbangan yang telah dihulurkan oleh semua pihak mendapat ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Wassalam.
Read More..
Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...
..::LAMAN ULAMA::..
..::LAMAN WEB ORGANISASI ISLAM DUNIA::,,
..::LAMAN WEB ISLAMIC::..
..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya

Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Persatuan Pelajar Malaysia Syria

Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria
Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
BORANG SMAMA 2017 dan Iklan
..::Bicara Muslim::..
::HADIAH AL-FATIHAH::
::Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Kechik::
..::AL-FATIHAH::..
Allahyarham Tuan Guru Sheikh Mohamad bin Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah KechiK- MANTAN PENGERUSI JPS
::SALAM PERKENALAN::
Mumtaz Juhdi b. Tn. Sheikh Mohamad... Setiusaha JPS & Pengetua SMA Makarimul Akhlak 2011
..::Produk Berkualiti::..
..;;PAUTAN SMAMA::..
::INFO PENTING::
::Dalamilah Hadis::
::IPTA/S MALAYSIA::
..::UNIVERSITY DI MESIR::..
























































