.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Jumaat, 13 Mac 2009

Guru hebat, Gaji berkat …. Sehari Bersama Guru SMA Makarimul Akhlak, Langgar Kedah

Jumaat, 20 Februari 2009 (9 Pagi - 12.45 T/Hari dan 2.30 - 5.00 Petang) Hotel Sentosa, Alor Star
Kira-kira 23 staf Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak (SMAMA) Langgar Kedah mengadakan program SuperTeaching bersama saya di Alor Star. Kesempatan itu saya gunakan untuk membantu guru-guru SMAMA mengajar secara lebih kreatif serta fleksibel bagi memastikan pelajar dapat ikuti pengajaran dengan berkesan. Seperti biasa banyak perkara telah saya bentangkan dengan bantuan banyak klip vidoe menarik bagi mengukuhkan lagi ceramah saya. Bukan sekadar itu, orang yang mengajak orang lain mengajar secara kreatif mestilah dia sendiri terlebih dahulu perlu membuat pembentangan yang kreatif !

Di sini saya bercadang nak mengupas satu perkara saja. Guru yang hebat mendapat gaji yang berkat. Saya minta para peserta membayangkan apa akan berlaku sekiranya anak-anak mereka (kalau belum/tiada ada anak … mungkin adik-adik mereka, anak saudara kesayangan mereka) diajar oleh guru seperti mereka. Bagi guru yang selama ini mengajar dengan baik dan bersunggug-sungguh serta berdedikasi sudah tentulah gembira dengan soalan seperti itu. Namun bagi guru yang suka memberi alasan, kerja lepas tangan, banyak mencuri tulang dan mempamerkan pengajaran yang lesu dan hambar sudah tentulah tidak mahu anak mereka diajar oleh guru serupa mereka. Justeru itu khusus bagi kesemua guru saya selalu menyarankan “jika kita mengajar anak orang dengan baik, nescaya guru lain akan mengajar anak kita dengan baik” Sehubungan dengan itu, “jika kita mengajar anak orang secara lepas tangan, maka kita takut nanti anak kita pula ….. (tolong habiskan ayat ini)“.

Saya utarakan persoalan ini di semua seminar SuperTeaching yang saya kendalikan. Saya menekankan perlunya ada keikhlasan mendidik dan mengajar. Perjalanan guru ke sekolah, pekerjaan guru di sekolah, perjalanan pulang balik dari sekolah, masa yang diambil memeriksa kerja rumah pelajar di rumah … semua adalah ibadah sekiranya kerja di buat secara ikhlas. Jika bekerja semata-mata kerana gaji, bukan sahaja habuan berbentuk ibadah tadi tidak wujud, malah stress sepanjang masa kerana umum mengetahui gaji guru tidak banyak sebenarnya dibandingkan dengan kerja-kerja lain yang memiliki kelulusan akademik yang sama. Letih ada terutama jika berhadapan dengan pelajar yang bermasalah serta sekitaran sekolah yang serba kekurangan. Tetapi jika pengajaran dibuat secara ikhlas, ia bukan sahaja satu ibadah, malah banyak keberkatannya.

Cuba buka mata dengan seluasnya dan lihat anak siapa yang banyak mendaftar di SBP, MRSM, SMKA dan kemudiannya di IPTA. Bukankah ramai anak guru ? Itu rezeki namanya khususnya bagi ibu dan bapa yang mengajar dan mendidik anak orang dengan baik. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Jiran yang baik satu rezeki. Anak yang bersopan, anak yang rajin bersolat, anak yang menghormati ibubapa … juga satu rezeki. Kesihatan yang baik satu rezeki. Ketenangan hati dan fikiran satu rezeki.

Justeru itu Cikgu, biarkan gaji tidak banyak dibanding dengan orang lain, InsyaAllah rezeki kita tidak putus, rezeki kita murah. Bersyukurlah kepada Allah kerana seperti yang saya juga sering utarakan, menjadi guru adalah satu profesyen yang paling mulia kerana ia membina generasi baru, ia membina tamaddun. Ia membina pemimpin masa depan.

Gambar-gambar di bawah: Pemangku Pengetua SMAMU, Ustaz Ahmad Shirozi bin Ahmad menyampaikan cenderamata kepada penceramah serta gambar para guru yang menghadiri seminar ini.

024

036

Dipetik dari: http://drshukri.wordpress.com/

0 ulasan:

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir