Di negeri Kedah terdapat 54 SAR , 46 daripadanya berdafttar di bawah JAIK.
Jumlah pelajar melebihi 20 000 orang. Jumlah guru dan kakitangan sekolah ialah 1600 orang dengan pelbagai kelulusan dari peringkat pengajian pondok hingga MA. Pelajar dan kakitangan semuanya beragama Islam dan 99 % adalah berbangsa melayu.
APA YANG DIAJAR DISEKOLAH AGAMA RAKYAT |
70 % matapelajaran yang diajar di SAR berteraskan agama dan 30 % akademik. SAR menggunapakai sukatan pelajaran daripada Universiti Al Azhar, Mesir dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan Al Azhar meliputi pengajian agama dan bahasa dengan bahasa pengantar ialah bahasa ARAB.
Matapelajaran nya ialah Fekah, Tasauf, Ulum Quran, Tafsir, Hadis, Ulum Hadis, Usul Fiqh, Balaghah, Tauhid, Takbir, Nahu, Saraf, Imlak, Muhaddasah, Mutalaah, Mahfuzad, Usuluddin, Sirah, Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sastera Melayu dan lain-lain
Pendidikan akhlak dan ketaat kepada agama menjadi teras pendidikan.
APAKAH HASIL KAJIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TERHADAP SEKOLAH AGAMA RAKYAT |
Kajian Trend Perkembangan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Agama di Malaysia oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: BPPP, Mei 1992.
Kajian ini melibatkan 36 buah sekolah agama sekolah agama negeri (SAN), sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah agama swasta (SAS) dari tahun 1987 hingga 1991di enam buah negeri. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik, pemerhatian dan temubual sebagai instrumen.
Kajian mendapati
- kebanyakan guru di SAR bersikap dedikasi terhadap profesion mereka kerana pegangan agama (taat kepada Allah). Mereka bersemangat tinggi untuk memajukan bangsa dan agama.
- Sekolah-sekolah agama memberi penekanan kepada usaha membenteras masalah keruntuhan moral, dan mewujudkan suasana kekeluargaan di sekolah dan mengamalkan sifat persaudaraan yang tulin.
- Pengajaran-pembelajaran menekankan pembentukan sifat-sifat mulia, iman dan hukum Allah. Pelajar-pelajar diberikan kebebasan memilih jurusan pengajian masing-masing terutamanya dalam pengajian agama.
- Guru menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajar dan didapati mereka sanggup berkhidmat walaupun kelengkapan sekolah tidak mencukupi.
- SAN mempunyai kelebihan fizikal hampir setaraf atau sama dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
- Kebanyakan SAR berusaha sendiri mempertingkatkan pembangunan fizikal sekolah dan asrama.
- Kajian juga mendapati sekolah-sekolah berkenaan kekurangan kemudahan fizikal dan bantuan kewangan.
- Pelajar mempunyai beban tugas belajar yang lebih dan didapati keperluan kegiatan kokurikulum pelajar tidak seimbang dengan kegiatan akademik.
- Walau bagaimanapun pelajar lepasan sekolah-sekolah agama mempunyai peluang yang lebih luas berbanding dengan lepasan sekolah-sekolah biasa kerana mereka mempunyai pengetahuan akademik dan senawi, selain daripada mempelajari Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
BAGAIMANA PENCAPAIAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT |
Masalah disiplin SAR amat rendah jika dibandingkan sekolah kebangsaan. Malah paling minimanya pelajar tersebut mampu membina kehidupan beragama dalam masyarakat seperti menjadi imam memimpin masyarakat.
Pencapaian PMR, SPM, STP adalah amat membanggakan hingga ramai yang mampu memasuki universiti tempatan dan keluar negara lalu lahir sebagai tokoh ilmuan dalam masyarakat.
Antara tokoh-tokoh pelbagai bidang yang lahir dari sekolah agama rakyat
NAMA | BIDANG YANG DICEBURI | SEKOLAH AGAMA RAKYAT |
Sheikh Abd. Majid | Mufti Kerajaan Negeri Kedah | Maktab Mahmud Alor Setar |
Dr. Mohammad Awang Yunus | Doktor Gigi , Klinik, Pekan Baling | Yayasan Khairiah , Baling |
Dr. Jamnul Azhar Bin Mulkan | Doktor Perubatan di Hospital Kangar, Perlis | Maktab Mahmud Alor Setar |
Mohd. fuad bin haji Yahya | Arketik | SMA Taufiqiah, Bt. 16, Pdg.Lumat |
YB. Ir. Fakhrulrazi bin Zawawi | Jurutera Perunding | Maktab Mahmud Alor Setar |
Dato’ Abd.Hamid Othman | Penasihat Agama PM | SMA AnNahzah Bukit Besar |
Abd Halim Said | Peguam | Maktab Mahmud Alor Setar |
Wan Mustaffa | Bekas Pegawai Daerah Yan ( D.O) | SMA Raudhah Ulum Langgar |
Kol. Najmi Hj. Ahmad | Kol Kor Agama Angkatan Tentera | Yayasan Khairiah, Baling |
Abd. Rahim bin Hanafi | Pegawai Tinggi Polis Bukit Aman | Maktab Mahmud Alor Setar |
APAKAH SUMBANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT KEPADA KITA |
- Memberi ilmu dan kefahaman Islam juga memimpin kehidupan beragama dalam masyarakat
- Melahirkan ulamak dan cerdik pandai melayu Islam yang mempunyai asas kefahaman Islam yang mantap.
- Mendidik anak-anak bangsa memahami dan menghayati islam dengan lebih sempurna. Mengurangkan gejala sosial.
- Melengkapkan untuk sistem pendidikan dinegara ini.
- Membuka peluang pekerjaan kepada bangsa melayu islam. Mengurangkan pengangguran.
APAKAH MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SEKOLAH AGAMA RAKYAT |
Sekolah Agama Rakyat bukan institusi pendidikan berorentasikann keuntungan kebendaan. Ianya lahir atas rasa tanggungjawab keagamaan oleh tokoh-tokoh ulamak . Justeru itu yuran pembelajaran tahunan terlalu rendah. Sumber kewangan adalah melalui sumbangan zakat dan infak yang tidak menentu selain sedikit peruntukan dari Jabatan Agama Islam Negeri dan Kementerian Pendidikan.
Oleh itu masalah kewangan adalah terlalu serius. Tangga gaji guru jauh berbeza dari yang dinikmati oleh rakan sejawatan yang sama kelulusan di sekolah kebangsaan. Kemudahan SAR tidak seperti di sekolah kebangsaan tiada makmal komputer, makmal sains dan makmal kemahiran hidup.
Namun keikhlasan dan kegigihan guru menyebabkan pencapaian SAR dalam PMR, SPM, STP lebih baik daripada Sekolah kebangsaan seperti yang dinyatakan hasil Kajian Status Sekolah Menengah Agama Rakyat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kuala Lumpur: BPPDP, Disember, 1996.