.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Isnin, 16 November 2009

Fungsi Bilik Jemaah Pengurusan SMAMA


16 November 2009, JPS SMAMA mengorak langkah dan memperkasakan peranannya demi memantapkan pentadbiran dan pengurusan smama dengan mewujudkan bilik jemaah pengurusan yang diselia oleh pegawai eksekutifnya iaitu Ust Mumtaz Juhdi Bin Sheikh Mohamad.


 

Antara kupasan ucapan aluan pengerusi pada mesyuarat JPS SMAMA kali ketiga pada 19 Ogos yang lalu:

- Keperluan bilik jemaah pengurusan dan kepentinganya. antara kepentingan yang beliau nyatakan ialah merapatkan ukhuwah antara JPS dengan pengurusan harian sekolah, bersama memacu pembangunan sekolah dan menyelesaikan masalah sekolah, memantau perjalanan sekolah dengan lebih dekat, dapat mewujudkan serta menyusun fail yang berkaitan dengan JPS agar lebih sistematik, dapat menyimpan barang-barang penting JPS seperti cop-cop penting JPS agar tidak disalahgunakan dan akhirnya, perjumpaan-perjumpaan rasmi boleh di adakan di bilik tersebut memandangkan sebelum ini setiap perjumpaan hanya di adakan di rumah pengerusi sahaja yang mana ia lebih berbentuk pribadi dan tidak rasmi.




Tertera di dinding tersebut carta organisasi JPS SMAMA, Fungsi JPS dan Memorendum persefahaman antara JPS dengan Kerajaan Malaysia.




Pegawai  eksekutif JPS SMAMA sedang menyerahkan pinjaman wang kepada seorang tenaga pengajar SMAMA yang tertunggak gajinya selama setahun.  Masalah tunggakkan gaji  beliau masih dalam proses.


Antara fail yang telah siap untuk simpanan surat-surat penting, resit pembelian, laporan mesyuarat, surat notis, borang pemantaun, kertas kerja aktiviti dan lain-lain lagi.



InsyaAllah harapan kami dengan adanya bilik JPS SMAMA dapat membantu pantadbiran SMAMA dan memudahkan segala urusan. Dan kami pihak JPS juga berharap dengan sudah terwujudnya bilik tersebut tidak disalah ertikan. Sama-samalah kita menjadikan SMAMA satu institusi melahirkan ULAMA yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.

Read More..

Ahad, 15 November 2009

Y.Bhg. Tn. Hj. Abrar bin Idris Turun Padang..


13 November 2009,  Y.Bhg. Tn. Hj. Abrar bin Idris, Tn Hj Zulkifli bin Ghozali dan Tn Hj Nazri bin Hamid telah bertandang ke Madrasah Makarimul Akhlak bagi menziarahi Tuan Sheikh Mohamad bin Abdullah yang sedang sakit.



Dikesempatan yang ada semua tetamu sempat berbincang beberapa perkara berbangkit, alhamdulillah perbincangan tersebut berjalan dengan baik, natijah daripada pertemuan tersebut, Y.Bhg. Tn. Hj. Abrar bin Idris telah  memberi keyakinan kepada pihak pengurusan sekolah bahawa kemudahan dan bantuan mengikut saluran yang diluluskan untuk SABK masih diberi malah diperkasakan dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, pengerusi JPS mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan dan mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menziarahi beliau dan melihat sendiri perkembangan terkini di Madrasah ini.
Semoga tautan ukhuwah bisa berpanjangan.. amin.. wasssalam.

Read More..

..::Senarai SABK di Kedah::..




SMA FAUZI (KFT9002)
Yan Kechil
06900 Yan
Kedah Darul Aman
Tel: 044475491
Fax: 044655486
E-Mail: smafauzi.ppdkmy@gmail.com


SMA Saadah Al-Diniah AL-Islamiah (KFT9001)
Sg.Limau Dalam
06910 Yan
Kedah Darul Aman
Tel: 047694233
Fax:
E-Mail: smasaadah.ppdkmy@gmail.com

SMA Makarimul Akhlak (KFF2002)
Langgar 11
06500 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Tel: 047876193
Fax: 047876193
E-mail: kft2002.ppdkotasetar@gmail.com

SMA AN-NAJAH (KFT8001)
Titi Gantung
09100 PULAI Baling
Kedah Darul Aman
Tel: 044721044
Fax:
E-Mail: sabkannajah@ppdbalingsik.net

SMA NAHDZAH (KFT3001)
Batu 12 Bukit Besar
06800 Yan
Kedah Darul Aman
Tel: 047691055
Fax: 047692341
E-Mail: smanahdzah.ppdkmy@gmail.com

SMA PEKAN GURUN (KFT3003)
Jalan Raya Gurun
08300 Gurun
Kedah Darul Aman
Tel : 044686941
Fax: 044686941
E-Mail : smapg.ppdkmy@gmail.com

SMA IRSYADIAH (KFT0001)
Kg Pondok Ampang Jeneri
08320 Sik
Kedah Darul Aman
Tel: 044646195
Fax: 044646195
E-Mail:

SMA SG.PETANI(KFT3002)
D/A SMA BEDONG
08100 Sg. Petani
Kedah Darul Aman
Tel: 044582094
Fax: 044501122
E-Mail: smasp.ppdkmy@gmail.com

SMA NURUL ISLAM(KFT4002)
06150 Ayert Hitam
Kedah Darul Aman
Tel: 047940686
Fax: 047943568
E-Mail: nurulislam@ppdkubangpasu.net

SMA DARUSSAADAH(KFT2001)
Titi Besi
06150 Kepala Batas
Kedah Darul Aman
Tel: 047143661
Faz: 047143661
E-Mail: kft2001@ppdkotasetar@gmail.com

SMA HIDAYAH AL-ISLAMIAH(KFT4001)
Batu 10, Alor Biak
06510 Air Hitam
Kedah Darul Aman
Tel: 047945961
Fax: 047942743
E-Mail: hidayah@ppdkubangpasu.net

SMA ISLAHIAH
Kg Dingin Mahang
09500 Karangan
Kedah Darul Aman
Tel: 044170054
Fax:
E-Mail:

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ABIDIN
Kg Ceruk Manggis
06720 Pokok Tai Pendang
Kedah Darul Aman
Tel: 044619697
Fax:044619696
E-Mail: smata.ppdppt@gmail.com

MADRASAH DARIL IKTISAM(KFT7001)
Batu 28 1/4 Jalan Padang Sanai
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Tel: 047864875
Fax: 047864157
Email: smadariliktisam.ppdppt@gmail.co

Read More..

Isnin, 9 November 2009

..::Tahniah SABK Fauzi Yan dan SABK Yang Lain::..



Anugerah Kualiti SABK!




Pentadbir SMA Fauzi bersama trofi kemenangan mereka.
Barisan Pentadbir SABK yang memenangi anugerah kualiti kelmarin



Semalam saya dan Us Ayob sempat memantau sekolah-sekolah yang dilanda banjir di daerah Padang Terap. Terdapat beberapa sekolah di daerah tersebut tidak dapat melaksanakan P&P kelmarin
8 November 2009- Bersempena dengan Perhimpunan Bulanan JPN Kedah bagi bulan November, SPI turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan anugerah kualiti SABK. Anugerah Kualiti SABK Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini mempertandingkan 4 aspek iaitu Kecemerlangan Akademik, Keceriaan,Kemesraan dan Keselamatan. SMA Fauzi,Yan diisytiharkan juara keseluruhan anugerah ini sekaligus berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh mereka pada tahun lepas. Turut mendapat anugerah ialah SMA Nahdah (Kecemerlangan Akademik), SMA Hidayah Islamiah (Keceriaan), SMA Irsyadiah(Keselamatan,Akademik dan Kemesraan) dan SMA Pekan Gurun(Akademik,Keceriaan,Kemesraan dan Keselamatan). Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Hj Shahidan b Abd Rahman,Pengarah Pelajaran Kedah.

Dipetik dari: http://blogsppimkedah.blogspot.com/

Read More..

Khamis, 5 November 2009

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

PENGENALAN

Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan semula oleh jawatankuasa khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.


KONSEP SABK

1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
2. Ditadbir secara bersama antara KPM dan juga LPS/JAIN.
3. Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan.
4. Kurikulum agama negeri dikekalkan.
5. Menerima pelbagai kemudahan dan bantuan.

TUJUAN DIDAFTARKAN SECARA SABK


1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran.
2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia.
4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan.

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

1. Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
2. Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa.
3. Menggunakan dwi- kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan).
4. Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM.
5. Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah.
6. Mempunyai bangunan sendiri.
7. Bangunannya dibina diatas tapak tanah yang berstatus wakaf.
8. Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan.
9. Bilangan muridnya melebihi 150 orang.
10. Tidak menanggung hutang.

KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK

1. Kelebihan Sekolah Agama

- Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah.
- Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah.
- Menerima bantuan insentif (SAR sahaja) setelah memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani.
- Jawatan hakiki diwujudkan.
- Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi.
- Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan.

2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan

- Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan.
- Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan.
- Berpeluang mendapat kenaikan pangkat.
- Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan.
- Berpeluang mengikuti kursus iktisas.
- Berpeluang melanjutkan pelajaran.
- Berpeluang untuk ikut serta dalam akyiviti KPM.

3. Kelebihan kepada murid

- Berpeluang mendapat bantuan.
- Berpeluang bersaing dengan murid- murid di sekolah aliran perdana.
- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik.
- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM.
- Berpeluang mendapat pendidikan yang LEBIH berkualiti.

CARA MEMOHON

1. Menghantar surat permohonan dan saliran keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau Pihak Berkuasa Agama Negeri kepada Bahagian Pendidikan Islam.

2. Menghantar profil sekolah, senarai nama ahli Lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan sijil pendaftaran sekolah yang disahkan.

3. Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dikemukan oleh KPM.

4. Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM.

5. Menandatangani dokumen MoU.

6. Mengisi borang pendaftaran.

JENIS-JENIS BANTUAN YANG BOLEH DIBERIKAN KEPADA SABK:

1. Bantuan Perkapita Mata Pelajaran

2. Bantuan Perkapita Bukan Pelajaran

3. Bantuan Yuran Khas

4. Bantuan ko-kurikulum

5. Bantuan Aset

6. Bantuan Pakaian Seragam

7. Bantuan RMT

8. Bantuan Pembangunan

9. Bantuan Buku Teks

10. Bantuan Pembaikan Kecemasan

11. Skim Baucer Tuisyen

12. Bantuan KWAPM

13. Bantuan Biasiswa

14. Bantuan Makan Asrama

15. Bantuan Peralatan PPSMI

16. Bantuan Utiliti

17. Gaji dan elaun guru serta kakitangan

18. Bantuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Dan Pembersihan Kawasan

Read More..

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir