.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2014

Khamis, 5 November 2009

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

PENGENALAN

Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan semula oleh jawatankuasa khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.


KONSEP SABK

1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
2. Ditadbir secara bersama antara KPM dan juga LPS/JAIN.
3. Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan.
4. Kurikulum agama negeri dikekalkan.
5. Menerima pelbagai kemudahan dan bantuan.

TUJUAN DIDAFTARKAN SECARA SABK


1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran.
2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia.
4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan.

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

1. Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
2. Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa.
3. Menggunakan dwi- kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan).
4. Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM.
5. Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah.
6. Mempunyai bangunan sendiri.
7. Bangunannya dibina diatas tapak tanah yang berstatus wakaf.
8. Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan.
9. Bilangan muridnya melebihi 150 orang.
10. Tidak menanggung hutang.

KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK

1. Kelebihan Sekolah Agama

- Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah.
- Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah.
- Menerima bantuan insentif (SAR sahaja) setelah memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani.
- Jawatan hakiki diwujudkan.
- Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi.
- Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan.

2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan

- Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan.
- Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan.
- Berpeluang mendapat kenaikan pangkat.
- Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan.
- Berpeluang mengikuti kursus iktisas.
- Berpeluang melanjutkan pelajaran.
- Berpeluang untuk ikut serta dalam akyiviti KPM.

3. Kelebihan kepada murid

- Berpeluang mendapat bantuan.
- Berpeluang bersaing dengan murid- murid di sekolah aliran perdana.
- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik.
- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM.
- Berpeluang mendapat pendidikan yang LEBIH berkualiti.

CARA MEMOHON

1. Menghantar surat permohonan dan saliran keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau Pihak Berkuasa Agama Negeri kepada Bahagian Pendidikan Islam.

2. Menghantar profil sekolah, senarai nama ahli Lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan sijil pendaftaran sekolah yang disahkan.

3. Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dikemukan oleh KPM.

4. Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM.

5. Menandatangani dokumen MoU.

6. Mengisi borang pendaftaran.

JENIS-JENIS BANTUAN YANG BOLEH DIBERIKAN KEPADA SABK:

1. Bantuan Perkapita Mata Pelajaran

2. Bantuan Perkapita Bukan Pelajaran

3. Bantuan Yuran Khas

4. Bantuan ko-kurikulum

5. Bantuan Aset

6. Bantuan Pakaian Seragam

7. Bantuan RMT

8. Bantuan Pembangunan

9. Bantuan Buku Teks

10. Bantuan Pembaikan Kecemasan

11. Skim Baucer Tuisyen

12. Bantuan KWAPM

13. Bantuan Biasiswa

14. Bantuan Makan Asrama

15. Bantuan Peralatan PPSMI

16. Bantuan Utiliti

17. Gaji dan elaun guru serta kakitangan

18. Bantuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Dan Pembersihan Kawasan

0 ulasan:

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir