.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Isnin, 16 November 2009

Imarah Balai




17 Novenber 2009, Balai dalam istilah pondok membawa maksud surau atau tempat solat berjamaah tetapi di situ tidak dibenarkan melaksanakan solat Jumaat.

Alhamdulillah, balai di SMAMA sentiasa diimarahkan, solat berjamaah tak pernah lekang walau satu pun waktu malah diserikan lagi dengan solat-solat sunat qabliah dan baqdiah serta solat-solat sunat yang lain.

Para pelajar asrama dan warga pondok dimestikan solat berjamaah di balai, dengan pakaian yang tertib di tambah amalan sunnah iaitu berserban menambah berkat dan rahmat.




Balai juga diiamarah dengan pengajian kitab umumi, Selain pengerusi JPS dan Ustaz-ustaz di sini, Para pelajar tingkatan enam juga diberi kesempatan dan ruang untuk menyampaikan kuliah, sambil mendidik-didik adik-adik mereka juga dapat menambah ilmu disamping memantapkan lagi penyampaian kuliah mereka. Dalam istilah pondok mereka digelar sebagai "kepala mutalaah", semoga setiap huruf, perkataan dan lafaz yang disampaikan oleh Tuan Guru, Ustaz-ustaz dan kepala-kepala mutalaah disulami dengan keihklasan, keberkatan dan rahmat kasih sayang Allah.





Di antara program dan aktiviti balai yang dilaksanakan sepanjang 2009 ialah dilaksanakan majlis-majlis kebesaran Islam seperti Maulud Nabi, Asyura, nisfu sya'ban dan lain-lain lagi, manakala aktiviti mingguan pula diadakan bacaan yasin setiap malam jumaat, qiyamullail, usrah dan lain-lain lagi. InsyAllah pada tahun hadapan JPS akan memantapkan lagi fungsi balai dan menjadikan balai sebagai nadi utama penggerak dan pembina syakshiah pelajar dan warga pondok ini.. amin.. wassalam.

0 ulasan:

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir