.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din

Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011

Pengambilan Pelajar Baru 2017

Selasa, 24 April 2012

PROJEK TANAMAN SAYURAN SEBAGAI SUMBER DANA SEKOLAH


RINGKASAN EKSEKUTIF

Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibawah Unit Perancang Dana telah melihat peluang yang begitu luas dalam bidang pertanian dan berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini. SMA Makarimul Akhlak telah mendapat keizinan daripada Pengerusi Jemaah Sekolah Untuk mengusahakan tanah milik pribadi beliau seluas 0.4984 hektar. Lokasi ladang sayuran ini terletak di Jalan Tanjung Inggeris, Mukim Limbong, Langgar, Kedah.

Pengurusan dan pentadbiran Sekolah memandang jauh potensi bidang usaha ini dalam membekalkan sayuran yang berkualiti, selamat dimakan dan mampu memenuhi permintaan domestik. Dalam perancangan jangka panjang,

• LATARBELAKANG TANAMAN


Potensi tanaman sayur-sayuran dianggarkan meningkat pada paras yang amat menggalakkan. Peningkatan tersebut berdasarkan permintaan tinggi terhadap sayuran terutama daripada institusi, sekolah berasrama, isirumah dan kilang.


Industri sayur-sayuran tempatan telah berkembang dengan pesatnya sejak awal 90an. Kesempatan ini akan digunakan dengan sebaik mungkin oleh Pengurusan dan Pentadbiran SMA Makarimul Akhlak untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Kombinasi bidangusaha yang efektif akan membantu sekolah mendapatkan keuntungan yang maksimum. Kombinasi yang efektif membolehkan penggunaan tanah, tenaga buruh dan modal dengan lebih cekap. Mempelbagaikan bidangusaha dalam ladang juga akan dapat mengurangkan beban tanggungan sekolah di masa akan datang.



• TEKNIKAL


Profail jenis sayuran


a) Kailan

b) Bayam

c) Kangkung

d) Kacang buncis

e) Kacang bendi

f) Kacang panjang

g) Cili Merah Kulai



• TAPAK PROJEK/PREMIS


a) Lokasi:

Unit Perancang Dana Sekolah akan membuka ladang sayuran seluas 0.4984 hektar di Jalan Tanjung Inggeris, Mukim Limbong, kedah. Formula asas kepada pemilihan lokasi ladang sayuran ini ialah kesesuaian tanah dan kemudahan asas yang sedia ada. Lokasi ini penting bagi menghasilkan pengeluaran yang maksima dan mampu memberi kemudahan kepada pemborong-pemborong sayuran mendapatkan hasil ladang.

b) Keluasan Lokasi:Keluasan tanah yang dijadikan ladang sayuran ini ialah 0.4984 Hektar.Keluasan tanah ini bersesuaian dengan matlamat operasi perusahaan ladang sayuran.Tambahanketegori penggunaan tanah adalah untuk pertanian.

c) Pemilikan Tanah seluas 0.4984 hektar ini dimiliki oleh Tuan Sheikh Mohamad Bin Abdullah telah memberi keizinan menggunakan tanah selama hasilnya untuk dana sekolah.

d) Kemudahan Dan kesesuaian:

Kedudukan tanah ini amat bersesuaian dengan bidang pertanian dan mempuyai kemudahan saliran air yang sedia ada. Lokasi perusahaan ladang ini yang mempunyai kemudahan jalan mini tar untuk kemudahan berulang alik dari tapak lokasi.

• TENAGA KERJA

Pihat Unit Perancang Dana Sekolah telah mendapat tenaga kerja sukerelawan seramai 3 orang untuk mengedalikan ladang sayuran ini.

Kebolehan Pengurus Untuk Mengurus:

CIK NAZLIAH BINTI SAMAT

23 tahun, Ijazah Sarjana Muda Sains Agroteknologi Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Mempunyai kemahiran dan kebolehan dalam menguruskan sesebuah ladang sayuran.

Tugas: Bertindak sebagai penyelia dan memastikan kualiti hasil pengeluaran sentiasa dalam standart piawaian yang ditetapkan oleh Unit Perancang Dana dan FAMA.

KESIMPULAN

• Prospek / Kekuatan Ladang SMA Makarimul Akhlak

-Kekuatan kami bakal membawa perniagaan ini untuk meneroka peluang-peluang baru yang wujud dalam pasaran .

-Ladang ini bakal diuruskan oleh pekerja-pekerja yang profesional dan berpengalaman dalam pengurusan ladang sayuran.

-Sumber bekalan biji benih yang terpilih dan baja yang berkualiti dibeli terus daripada jabatan Pertanian atau Pusat Penyediaan Benih yang diiktiraf  membolehkan kami menghasilkan keluaran pertanian yang baik seterusnya membolehkan kami mencipta permintaan daripada pelanggan.

• Kelemahan dan Ancaman Sektor Pertanian Dan Cara Mengatasinya

-Kami bersedia untuk mengatasi kelemahan dan mampu menghadapi ancaman yang wujud dalam sektor pertanian ini:

Pada peringkat awal operasi ladang sayuran ini, pihak Unit Perancang Dana dan pekerja berusaha agar mencapai titik pulang modal dalam jangka masa yang ditetapkan. Ancaman daripada lambakan sayuran yang diimport dari Thailand tidak dapat dielakkan tetapi dengan kekuatan yang kami ada, kami mampu menghadapi persaingan dengan strategi harga dan pemasaran kami.

• Sumbangan Kepada Sosio ekonomi

-Kami juga bakal mencipta ruang dan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil. Kami memberi ruang kepada peniaga-peniaga pasar untuk mendapatkan hasilladang secara terus dengan harga yang terkawal.

-Sekiranya terdapat usahawantani yang berminat untuk mempelajari kaedah dan sistem pertanian, kami juga bersedia menawarkan kursus-kursus dalam bidang tanaman berkaitan.

• PENUTUP

Pengurusan dan Pentadbiran SMA Makarimul Akhlak di bawah Unit Perancang Dana berharap pihak Penaja Sekolah mempertimbang dan meluluskan pembiayaan ke arah menjayakan projek tanaman sayuran ini sebagai sumber dana jangka panjang sekolah.

0 ulasan:

Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...

Photobucket

..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Ikatan Persaudaraan Islam Jepun Popular
Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Popular
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia

Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Persatuan Pelajar Malaysia Syria Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria


Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney Popular
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Popular
Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir