.::Ya Allah.. Kabulkanlah doa insan yang budiman ini dan permudahkanlah segala urusannya... Amin::.
Bergambar Kenangan Bersama Penasihat Kewangan & Penaja sekolah Datuk Dr Haji Rozmey Bin Che Din
Gambar dirakamkan pada tanggal 2011
Rabu, 16 Februari 2011
Selasa, 8 Februari 2011
Latar Belakang Sejarah Sekolah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pada dasarnya sepertimana negeri-negeri Melayu yang lain khususnya Negeri Kedah di daerah Kota Star lahirlah seorang tokoh ulama yang telah menyebarkan perkembangan Islam melalui institusi pengajian “umumi’ (pondok) yang telah diasaskan pada tahun 1952M bersamaan 1371 oleh Tuan Guru Hj. Abdullah b. Hj.Yusuf atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Hj.Lah Kecik. Beliau merupakan salah seorang ulama terkenal di Negeri Kedah yang cuba mengorak langkah mengharungi cabaran untuk menyuburkan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat melalui kuliah yang di sampaikan.
Setelah beberapa tahun berlalu Pondok Tuan Guru Hj. Abdullah Langgar saban hari menerima kunjungan pelajar dari seluruh pelusuk tanahair. Jadual pengajiannya terlalu padat, bermula selepas solat subuh sehingga jam 10 malam dengan menggunakan kitab-kitab termasyhur karangan ulama-ulama terkenal seperti “Iqna’a”, “Jurumiah”, “Kawakib”, “Fathul Wahab”, “Ibnu Aqil”, “Jalalain”, “Hikam”, “Jauharul Mauhub” dan lainnya.
Para pelajar yang datang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat sama ada pemuda, remaja atau pun dewasa bahkan golongan warga emas tidak melepaskan peluang untuk memilih pondok Langgar sebagai destinasi persinggahan mereka untuk menimba ilmu pengetahuan disamping melakukan amal ibadat dengan lebih sempurna bersama Tuan Guru Hj.Abdullah demi mengharapkan keberkatan dan keredhaan Ilahi.
Pada tahun 1975 Tuan Guru Hj. Abdullah Langgar meninggal dunia, maka sistem pengajian pondok diteruskan oleh anak sulungnya Tuan Sheikh Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan “Pak Long”. Sistem pengajian diperluaskan skop pembelajarannya kepada pelajaran arab, agama dan akademik. Kejayaan demi kejayaan telah dinikmati oleh setiap generasi yang lahir dari institusi ini apabila dasar pendidikan terus diperjuangkan oleh menantunya Almarhum Tuan Sheikh Ismail b. Senawi sehinggalah ia dipanggil menghadap Ilahi pada 16 Ogos 2006.
Kini warisan menerajui dengan gandingan dan kerjasama serta jalinan persefahaman yang padu di antara anak dan cucu almarhum Tuan Guru Hj.Abdullah Kecik serta warga Madrasah yang turut memerah keringat telah menambat keyakinan dikalangan para waris dan masyarakat apabila memilih institusi ini sebagai medan untuk meneruskan perjuangan mereka untuk mendapatkan didikan agama di bawah misi baru “Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak Melahirkan Pewaris Ulama dan Profesional Islam 2016”.
Sekian. Wassalam.
Read More..
Selasa, 25 Januari 2011
Perhimpunan Mingguan SMA Makarimul Akhlak 2011
Tanggal 23 Januari 2011, Kali pertama perhimpunan mingguan untuk tahun 2011 dapat diadakan sebagai mukhadimah bagi perhimpunan rutin mingguan. Kepentingan dan kebaikan perhimpunan sudah diketahui umum bahawa ia amat bermanfaat sebagai medan untuk menyampaikan berita dan info semasa terutama sekolah yang sentiasa dihujani pekeliling-pekeliling yang perlu dilaksanakan secara berperingkat dari semasa kesemasa.
Antara atucara perhimpunan:
- Pelajar berbaris.
- Semua guru mengambil tempat.
- Dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi.
- Nasyid Asma ul-husna, Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri Kedah.
- Ucapan guru bertugas.
- Ucapan Penolong Kanan.
- Ucapan Pengetua
- Doa dan Nasyid doa Khatam Al-Quran.
- Pemeriksaan Pengawas.
- Bersurai.
Ucapan aluan dan taujihad dimulakan oleh Ust Hizmi Naim yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran dengan dipengerusikan oleh Ust Khairul Anuar. Antara perkara penting yang beliau sarankan adalah adab penuntut ilmu, bagaimana beradap dengan ibu-bapa, guru, serta mesyarakat sekeliling bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan iklim yang sejahtera.
Ucapan penutup pula disempurnakan oleh Mudir, Ust Mumtaz Juhdi Mohamad, beliau pula menekankan kepentingan displin dalam semua aspek terutama masa. antaranya lagi beliau sering mengulangi "kualiti mampu mengangkat kuantiti untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang lebih ramai bilangan pelajarnya". Beliau juga turut menyampaikan info dan perkembangan semasa sekolah.
Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa dan nasyid doa khatam Al-Quran.
Read More..
Ahad, 16 Januari 2011
Kelas Hafazan Al-Quran
- Ganjaran di dunia.
- Ganjaran di akhirat.
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.
Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
- Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
- Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
- Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)Ganjaran di akhirat
- Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
- Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
Di Petik dari: http://www.imranshamsir.com/al-quran/kelebihan-menghafaz-al-quran/
Read More..
Selasa, 11 Januari 2011
Sejarah Kembali Berulang...
Bermula dengan memelihara Kalam Allah, penekanan akhlak pelajar sehingga penguasaan dan penggunaan bahasa arab yang menyeluruh. subjek yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut diajar manakala Subjek sukatan Azhari diutamakan bagi memastikan pelajar dapat menguasai ilmu agama yang sempurna sehingga melayakan mereka bergelar pewaris ulama dan seterusnya menjadi pewaris para Anbiya'.
Dikesempatan ini pihak Jemaah Pengurusan Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris kerana telah memberi kepercayaan dan semangat yang kuat kepada pihak Jemaah dan Pentadbiran Sekolah yang baru bagi meneruskan pengajian yang berpaksikan hasrat murni pengasas sekolah iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah bin Yusuf.
Ucapan terima kasih, taniah dan syabas kepada semua warga Makarimul Akhlak yang telah berjaya mangharungi segala cabaran semasa dan menyumbang segala keringat bagi menjayakan misi dan visi baru Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak.
Dan jutaan terma kasih juga kepada semua dermawan yang budiman kerana turut serta meringankan bebanan yang terpaksa ditangung oleh Pentadbiran sekolah.
Semoga segala sumbangan yang telah dihulurkan oleh semua pihak mendapat ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Wassalam.
Read More..
Sabtu, 18 Disember 2010
"Kacau Bubur Asyura" Warga SMAMA


Kelebihan Hadis Hari Asyura
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
# ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
# ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
# Diciptakan lautan pada 10 Muharram
# Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
# Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
# Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
# Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
# Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
# Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
# Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
# Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
# Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
# Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
# Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
# Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
# Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
# Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
# Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
# Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
# Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
# Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
# Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
Semoga majlis seperti ini sentiasa diingati dan diraikan agar setiap jenerasi merayakanya dan tidak melupainya..
Dan harapan Jemaah Pengurusan Sekolah semoga silaturrahim yang terjalin ini berkekalan dan mendapat keberkatan serta keredhoan dari Allah s.w.t.
Read More..
Rabu, 15 Disember 2010
Hari Orientasi Pelajar Baru- Unit Sambutan Pelajar Baru (Dapatkan Tentatif Program Di sini)
1.0. Pendahuluan.
Program ini dijalankan oleh Unit Sambutan Pelajar Baru sekolah adalah bertujuan bagi membantu pelajar baru membiasakan diri dengan keadaan suasana, persekitaran asrama dan sekolah. Selain itu juga, pelajar baru akan diajar untuk menepati waktu-waktu persekolahan, rehat, makan, minum dan rekreasi.
Pelajar juga diajak untuk berkenalan dengan warga sekolah yang lain khasnya Pengerusi dan AJK Jemaah Pengurusan Sekolah, Pengetua, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah dan warga pondok. Dalam Program Orientasi ini pelajar dibawa melawat kawasan sekitar sekolah seperti Surau, Blok Pentadbiran, Blok Kelas, Makmal Komputer, Perpustakaan, Gelanggang Permainan serta Asrama lelaki dan perempuan.
Antara aktiviti yang dirancang ialah seperti sesi taa’ruf, Ucapan Pihak Pengurusan dan Pentadbiran, Pendedahan tentang Disiplin sekolah dan Asrama, Latihan dalam kumpulan, ceramah dan Latihan Daya Ingatan ( Max Recall) serta dimuat juga slot penjelasan pembahagian buku teks. Selain itu, pelajar juga turut didedahkan dengan aktiviti selingan belajar Nasyid Sekolah, Ikrar, lagu Kebangsaan dan lagu Negeri Kedah.
Di sepanjang program pelajar juga diminta untuk menyediakan buku catatan untuk mencatat aktiviti dan mengambil tandatangan warga SMAMA. Mereka juga diminta membuat tag nama dengan kertas manila dengan jelas sepanjang program berjalan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah merupakan modul tarbiyyah untuk memantapkan iman dan jati diri sebagai seorang pelajar Islam pewaris para Anbiya’.
Semoga dengan perancangan sebegini dapat membantu mengurangkan masalah HOME SICK dan rasa rendah diri di kalangan pelajar baru.
2.0 Matlamat.
• Melahirkan pelajar yang ada tarbiyyah Islamiah dan semangat motivasi diri yang tinggi
• Melahirkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi peraturan sekolah Agama.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai matlamat yang jelas dan kepimpinan untuk berusaha ke arah kesyumulan Islam
• Melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwawasan serta kreatif dan kritis dalam menangani cabaran dalam kehidupan
3.0. Objektif
I. Menyedar dan membina keyakinan diri pelajar melalui Latihan Dalam Kumpulan yang dijalankan.
II. Memberi pengalaman dan pengetahuan baru tentang kehidupan di Sekolah Menengah Agama.
III. Membina daya tahan serta membentuk konsep kendiri yang tinggi di dalam diri pelajar.
IV. Membina kecemerlangan pelajar berlandaskan “Ulama’ Pewaris Para Nabi”
4.0. Kumpulan Sasar
Modul ini dirangka khusus untuk Pelajar- pelajar Tingkatan Satu dan pelajar baru.
5.0 Tempoh Perlaksanaan
Modul ini dijalankan selama 6 hari 5 malam.
( Rujuk Lampiran Jadual Program )
Kaedah perlaksanaan :
Ø Perkenalan (Taa’ruf)
Ø Latihan Dalam Kumpulan
Ø Perbincangan dalam kumpulan
Ø Ceramah/Motivasi/Taklimat
Ø Persembahan
Ø Senaman/Rekreasi
Ø Max recall/Ujian Diagnostik
6.0 Sumber Kewangan
Ini bergantung kepada peruntukan sekolah, sumbangan waris dan orang ramai.
7.0 Ahli Jawatan kuasa Induk
Pengerusi : Pengetua
Setiausaha : PK HEM
Naib Setiausaha : Pembantu Petadbiran
Bendahari : Pembantu Kewangan
Penyelaras : Guru Bimbingan dan Kaunseling
8.0 Penutup.
Semoga Program yang telah dirancangkan ini dapat pertolongan dari Allah SWT dan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Adalah menjadi harapan pihak Pengurusan dan Pentadbiran sekolah supaya pelajar yang mengikuti program ini mendapat faedah dan manfaat dan seterusnya dapat belajar di Madrasah Makarimul Akhlak dengan suasana belajar yang aman dan sejahtera.
Semoga program ini dapat mencapai Visi sekolah iaitu “Menjadikan Madrasah Makarimul Akhlak Melahirkan Pewaris Ulama’ dan Profesional Islam 2016”.
..::Dapatkan Tentatif Program Di sini::..
APA ITU SEKOLAH AGAMA RAKYAT ( SAR)
APA ITU SEKOLAH AGAMA RAKYAT ( SAR) |
APA YANG DIAJAR DISEKOLAH AGAMA RAKYAT |
APAKAH HASIL KAJIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TERHADAP SEKOLAH AGAMA RAKYAT |
- kebanyakan guru di SAR bersikap dedikasi terhadap profesion mereka kerana pegangan agama (taat kepada Allah). Mereka bersemangat tinggi untuk memajukan bangsa dan agama.
- Sekolah-sekolah agama memberi penekanan kepada usaha membenteras masalah keruntuhan moral, dan mewujudkan suasana kekeluargaan di sekolah dan mengamalkan sifat persaudaraan yang tulin.
- Pengajaran-pembelajaran menekankan pembentukan sifat-sifat mulia, iman dan hukum Allah. Pelajar-pelajar diberikan kebebasan memilih jurusan pengajian masing-masing terutamanya dalam pengajian agama.
- Guru menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajar dan didapati mereka sanggup berkhidmat walaupun kelengkapan sekolah tidak mencukupi.
- SAN mempunyai kelebihan fizikal hampir setaraf atau sama dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
- Kebanyakan SAR berusaha sendiri mempertingkatkan pembangunan fizikal sekolah dan asrama.
- Kajian juga mendapati sekolah-sekolah berkenaan kekurangan kemudahan fizikal dan bantuan kewangan.
- Pelajar mempunyai beban tugas belajar yang lebih dan didapati keperluan kegiatan kokurikulum pelajar tidak seimbang dengan kegiatan akademik.
- Walau bagaimanapun pelajar lepasan sekolah-sekolah agama mempunyai peluang yang lebih luas berbanding dengan lepasan sekolah-sekolah biasa kerana mereka mempunyai pengetahuan akademik dan senawi, selain daripada mempelajari Bahasa Arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
BAGAIMANA PENCAPAIAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT |
NAMA | BIDANG YANG DICEBURI | SEKOLAH AGAMA RAKYAT |
Sheikh Abd. Majid | Mufti Kerajaan Negeri Kedah | Maktab Mahmud Alor Setar |
Dr. Mohammad Awang Yunus | Doktor Gigi , Klinik, Pekan Baling | Yayasan Khairiah , Baling |
Dr. Jamnul Azhar Bin Mulkan | Doktor Perubatan di Hospital Kangar, Perlis | Maktab Mahmud Alor Setar |
Mohd. fuad bin haji Yahya | Arketik | SMA Taufiqiah, Bt. 16, Pdg.Lumat |
YB. Ir. Fakhrulrazi bin Zawawi | Jurutera Perunding | Maktab Mahmud Alor Setar |
Dato’ Abd.Hamid Othman | Penasihat Agama PM | SMA AnNahzah Bukit Besar |
Abd Halim Said | Peguam | Maktab Mahmud Alor Setar |
Wan Mustaffa | Bekas Pegawai Daerah Yan ( D.O) | SMA Raudhah Ulum Langgar |
Kol. Najmi Hj. Ahmad | Kol Kor Agama Angkatan Tentera | Yayasan Khairiah, Baling |
Abd. Rahim bin Hanafi | Pegawai Tinggi Polis Bukit Aman | Maktab Mahmud Alor Setar |
APAKAH SUMBANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT KEPADA KITA |
- Memberi ilmu dan kefahaman Islam juga memimpin kehidupan beragama dalam masyarakat
- Melahirkan ulamak dan cerdik pandai melayu Islam yang mempunyai asas kefahaman Islam yang mantap.
- Mendidik anak-anak bangsa memahami dan menghayati islam dengan lebih sempurna. Mengurangkan gejala sosial.
- Melengkapkan untuk sistem pendidikan dinegara ini.
- Membuka peluang pekerjaan kepada bangsa melayu islam. Mengurangkan pengangguran.
APAKAH MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SEKOLAH AGAMA RAKYAT |
Sabtu, 4 Disember 2010
Rabu, 24 November 2010
APAKAH SABK….??? Oleh:DR. Mohd. Hairudin bin Amin
Saya telah dilahirkan di Felda Ayer Hitam pada tahun 1964. Mendapat pendidikan di SK Felda Ayer Hitam kluang 1971, Madrasah Arabiah Kluang 1977, Maahad Johor 1983, Selesai IV Thanawi ke Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai 1986, Sarjana Muda di UKM 1993, Sarjana Pendidikan Di UTM 1999.Menyempurnakan Doktor Falsafah 2008. Mempunyai cahaya mata seramai lapan orang, tujuh lelaki dan satu perempuan http://alumnisarjohor.blogspot.com
“Perlu diambil perhatian SABK adalah sekolah bantuan kerajaan, bukan sekolah kerajaan. Untuk itu sedikit sebanyak corak pentadbiran dan pengurusannya tentulah berbeza antara sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Hasrat asal (MP) ialah hasil daripada Laporan Tan Sri Murad yang bertujuan bukan untuk pengambilalihan tetapi untuk membuka ruang saluran bantuan seperti mana yang telah di kecapi oleh sekolah bantuan kerajaan yang lain. Begitu juga segala pekeliling yang dikeluarkan dan di edarkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kepada sekolah SABK tentu juga mempunyai beberapa perbezaan dari segi memahaminya berbanding sekolah kerajaan. Ini kerana dalam perkara IX Memorandum Persefahaman (MP) menjelaskan bahawa Pengerusi Majlis Agama Negeri dan Setiausaha kerajaan negeri merupakan wakil dan menjadi Lembaga Penasihat mengenai pengurusan dan pentadbiran pelaksanaan MP mengenai SABK. Program SABK bukan satu kaedah untuk mengambil alih sekolah SMAR ini tetapi lebih merupakan saluran untuk menyampaikan bantuan kepada sekolah Menengah Agama Rakyat.
Perkara yang perlu diperhatikan juga ialah peranan Majlis Agama mesti ditingkatkan dalam pelaksanaan SABK ini. Beberapa kelemahan yang wujud seperti peruntukan kaedah melantik pengetua, status kuasa negeri ke atas sekolah walaupun mereka di beri kuasa pemilikan tanah dan bangunan. Berkaitan pelantikan pengetua sebaiknya dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri. Ini disebabkan sejarah sekolah adalah asalnya di bangunkan oleh Majlis Agama. Begitu juga tanah dan bangunan adalah millik kerajaan negeri sebagaimana dalam MP Perkara VIII. Untuk memperkasakan lagi perjalanan SABK beberapa perubahan dan tambahan perlu dilakukan dan dijelaskan secara bertulis di dalam MP antaranya;
1. Pengetua SABK yang dilantik mestilah berpendidikan aliran Arab sepenuhnya dan cenderung kepada keunggulan SMAR.
2. Lepasan dari SMAR dan SMAN adalah satu keutamaan.
3. Sebarang Gred tidak menjadi syarat utama dalam lantikan pengetua, kerana ia adalah SABK bukan sekolah menengah yang di tadbir sepenuhnya oleh Kementerian. Kekananan guru di sekolah terbabit, keterampilan serta kebolehan guru pentadbir mestilah diutamakan dalam lantikan pengetua di SABK. Ringkasnya pelantikan pengetua hendaklah di lantik secara tertutup, hasil perundingan bersama dengan LPS / JPS, Majlis Agama dan Kementerian.
4. Tentang kemasukan murid semestinya ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri. Ini bagi memastikan wujudnya beberapa hal bersangkutan dengan umur dan tahap murid yang akan memasukinya. Akan wujud pelajar yang akan berpindah dari sekolah menengah ke SABK, sedangkan umur telah lebih 13 tahun. Di sinilah pertimbangan Majlis Agama dan LPS di perlukan di samping pengekalan semangat “ belajar sepanjang hayat” dan “belajar terus belajar”.
5. Beberapa perubahan lain perlu di lakukan kerana peranan Majlis Agama Islam Negeri tidak di sebut dengan jelas di dalam MP yang telah di tanda tangani. Peranan Majlis Agama Negeri sangat penting di dalam pentadbiran SABK kerana ”semangat asal sekolah” yang berpegang teguh kepada Falsafah Pendidikan Islam. Peranan Majlis Agama Negeri ini akan menjadikan kedaulatan Sultan tetap terlibat dalam hal ehwal Islam. Peranan Lembaga Pengelola Sekolah juga tidak terdapat di dalam MP. Ini sangat penting kerana SABK mesti mengekalkan tradisinya yang di bina oleh masyarakat melalui Lembaga Pengelola Sekolah.
Selasa, 9 November 2010
Isnin, 8 November 2010
Dapatkan Borang Pendaftaran Pelajar Baru Sekarang...!!!
Sila dapatkan segera borang pendaftaran pelajar baru Madrasah Makarimul Akhlak sesi 2011 sekarang..!
Sila Klip Borang di bawah:
*Borang dihantar melalui POS akan dikenakan wang pos sebanyak RM5 sahaja untuk urusan proses borang dan surat jawapan.
*wang pos di atas nama: Jemaah Pengurusan Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak.
* atau Bank in RM5 ke akaun bank Islam: 02011010084242 (Jemaah Pengurusan Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak) sila masukan slip bayaran bersama borang tersebut.
Selasa, 2 November 2010
Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2011
Sejarah Ringkas
Madrasah Makarimul Akhlak, Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Kechik, ditubuhkah oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah pada tahun 1953, merupakan sebuah sekolah agama tradisi pondok di Daerah Kota Setar, Kedah yang menawarkan Sistem Pendidikan Bersepadu Sekolah Menengah Agama di mana kami menerapkan pendidikan Azhari, Tahfiz, Pondok, Akademik dan Teknologi Maklumat kepada semua pelajar.
Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Kedah(JAIK) Sijil Pendaftaran Sekolah Agama Islam telah diperolehi pada 9 APRIL 1985 bersamaan 19 REJAB 1405. Nombor Pendaftaran (5/73).
Sistem pendidikan kami adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK).
Penubuhannya juga adalah bagi memenuhi keperluan pendidikan dan salah satu alternatif kepada pelajar untuk mendalami ilmu dengan menjadikan Al-Quran sebagai asas pembelajaran.
Kami menawarkan sesi persekolahan dari Tingkatan 1 hingga 6 (PMR, SMRA, SPM, MUET, STAM, STA dan SHAHADAH).
Kurikulum
Kurikulum
Subjek Matapelajaran Ting 1 Hingga 3
1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sejarah·
4. Bahasa Inggeris
5. Sains
6. Geografi
7. Kemahiran Hidup
8. Pendidikan Islam
9. Bahasa Arab(K)
10. Tafsir-Hadis
11. Tauhid-Feqah
12. Al-Quran/Tajwid
13. Nahu/Sorof
14. Mutalaah/Insya’
Subjek Matapelajaran Ting 4 Hingga 5
1. Bahasa Melayu
2. Matematik
3. Sejarah
4. Bahasa Inggeris
5. Sains
6. Perdagangan
7. Tafsir-Hadis
8. Al-Quran-Tajwid
9. Nahu/Sorof
10. Pendidikan Syariah Islam
11. Pendidikan Al-Quran/Sunnah
12. Bahasa Arab(T)
13. Tauhid-Feqah
14. Mutalaah/Insya'
Subjek Matapelajaran Ting 6
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Fekah/Faraidh
4. Tafsir /Ulumhu
5. Hadith/Ulumuhu
6. Adab/Nusus
7. Arudh/Qafiah
8. Al-Quran/Tajwid
9. Usul Fekah
10. Tauhid / Mantiq
11. Nahu /Sorof
12. Insya’/Mutlaah
13. Balagah
Sijil Tahfiz (Sijil di bawah sekolah)
· Sijil diberi mengikut Juzuk :
· 5, 10, 15, 20, 25, 30
*
Sukatan pelajaran yang ditawarkan adalah mengikut sukatan pelajaran dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.
*
Sesi persekolahan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama seperti PMR, SMRA, SPM, MUET, SHAHADAH, STA dan STAM disamping memiliki SIJIL TAHFIZ (mengikut juzuk).
Syarat kemasukan
Bagi kemasukkan ke Tingkatan Satu:
* Tamat Darjah Enam bagi sekolah kebangsaan dan tamat Darjah Lima atau Enam bagi sekolah rendah agama atau setaraf dengannya.
* Umur tidak melebihi 13 tahun.
* Lulus ujian penilaian yang diadakan oleh pihak Sekolah.
* Berkebolehan membaca al-Quran.
* Berkebolehan membaca dan menulis jawi.
* Berkemahiran dalam bidang agama.
Bagi kemasukkan ke Tingkatan Dua hingga Enam:
* Berasal dari sekolah agama aliran Arab, Pondok dan Tahfiz.
* Bersih dari sebarang masalah disiplin.
* Berkemahiran membaca al-Quran.
* Surat sokongan dan pengesahan dari Pengetua sekolah terdahulu.
* Lulus peperiksaan PMR di samping mendapat sekurang-kurangnya pangkat C dalam subjek bahasa Arab dan Pendidikan Islam.(Tingkatan Empat dan Lima sahaja).
* Lulus peperiksaan SPM di samping mendapat sekurang-kurangnya pangkat 6C bagi subjek bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, dan Pendidikan Syariah Islamiah.(Enam sahaja).
* Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah terdahulu adalah diutamakan.
Cara memohon
* Dapatkan borang permohonan masuk yang dikeluarkan pada bulan November setiap tahun.
* Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna dan hendaklah dikembalikan sebelum tarikh tutup.
* Kehadiran Ujian Kelayakan/Penilaian pada tarikh yang ditetapkan adalah diwajibkan.
Kemudahan Infrastruktur
· Surau
· Kemudahan asrama
· Perpustakaan
· Kelas komputer
· Tapak permainan
· Stor Sukan
· Kedai mini sekolah
· Bengkel kemahiran hidup
· Telefon awam
· Dewan kuliyyah
· Dewan Umum
Panduan Kelengkapan Asrama/Sekolah
Kelengkapan Pelajar Di Asrama (disediakan oleh pelajar)
Pakaian
· 2 atau 3 pasang pakaian seragam sekolah
· 1 pasang pakaian seragam asrama
· 1 pasang pakaian sukan (t-shirt dan seluar sukan tanpa corak)
· 2 pasang pakaian solat (baju melayu / jubah / raihan)
Pakaian Tambahan
· 1 helai baju T berkolar (tanpa corak)
· 2 helai kain pelikat
· 1 helai kain basahan untuk mandi
· 2 helai seluar slack
· 1 helai tuala mandi
· 2 pasang kasut sekolah
· 2 pasang stoking
· 1 pasang kasut sukan
Keperluan Tempat Tidur Dan Alatan
· Sebuah bantal
· 2 helai sarung bantal putih / biru (tanpa corak)
· 1 helai selimut
· Tilam (boleh dibeli di sekolah atau sendiri)
· Almari (boleh dibeli di sekolah atau sendiri)
Peralatan Harian
· 2 baldi saiz sederhana
· 1 gayung mandi
· Bakul buku
· Beg sekolah
· Penyangkut Baju (hanger)
· Set mandian
· Selipar / sandal
· Bekas Sabun
· 1 pinggan dan cawan
Keperluan Sekolah
· Alat tulis
· Set Geometri
· Kalkulator Saintifik
· Al-Quran / Terjemahan
· Kamus (arab-melayu dan inggeris-melayu)
NOTA PENTING
· Setiap barang / peralatan hendaklah bertanda / mempunyai nama
· Setiap pelajar hendaklah menjaga peralatan diri sendiri dan bertanggungjawab terhadap hak orang lain.
Isnin, 23 Ogos 2010
Ucapan Sulung Syeikh Nuruddin Al-Banjari pada tahun 1998- Pesanan Ilmu
Dipetik dari: http://seridihati.blogspot.com

Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah - pada hari Itsnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)
http://syeikhnuruddin.blogspot.com/
* Jangan tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya. Penubuhan al Ma’hadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda‘watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.
* Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.
* Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.
* Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.
* Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.
* Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.
* Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.
* Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.
* Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.
* Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.
Sabtu, 21 Ogos 2010
Selasa, 17 Ogos 2010
Sekalung Perhargaan
Assalamualaikum..
Saya selaku pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah mewakili J.K Jemaah Pengurusan Sekolah Makarimul Akhlak merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hjh. Zainab Bin Md Saman, BCK, Ketua Sektor Pendidikan Islam di atas sokongan, kerjasama dan segala sumbangan khidmat bakti yang telah diberikan selama memikul jawatan tersebut.
Sesungguhnya jasa bakti puan, itu tidak ternilai dan benar-benar menyentuh dan mengharukan perasaan, Semoga tautan ukhuwah di antara kita berpanjangan dan segala jasa baik yang telah puan hulurkan itu mendapat keredhoan dan kerahmatan oleh Allah SWT.
"ILMU ITU CAHAYA"
Sheikh Mohamad Bin Abdullah
Pengerusi Jemaah Pengurusan
Sek. Men. Agama Makarimul Akhlak.
Sabtu, 14 Ogos 2010
Pengajian Kitab Umumi Sepanjang Ramadhan
Isnin, 2 Ogos 2010
Tahniah di atas penubuhan PPSAWNK
Assalamualaikum.. JPS SMAMA mengucapkan tahniah di atas penubuhan Persatuan Pengurus Sekolah-Sekolah Agama Warisan Negeri Kedah dan syabas kerana telah diterima pndaftaranya. Antara objektifnya yang hebat ialah memperkasakan sukatan azhari dan menyelaraskan sukatan di setiap sekolah agama warisan negeri Kedah.
Kami JPS SMAMA rasa terharu dengan penubuhan ini dan berharap setiap usaha murni penggeraknya akan mendapat ganjaran pahala yang setimpanya dari pencipta kita, amin...
Ahad, 16 Mei 2010
Rabu, 13 Januari 2010
Ahlan wasahlan... Kepada Tullab Jadid.
Read More..
Rabu, 18 November 2009
Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi
GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.
MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi
Selamat membaca di bawah ini.
Halimzakaria
Ayat al-Quran pada kulit bayi
SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
MADINA mendukung anaknya, Ali.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
Read More..
Isnin, 16 November 2009
Imarah Balai
17 Novenber 2009, Balai dalam istilah pondok membawa maksud surau atau tempat solat berjamaah tetapi di situ tidak dibenarkan melaksanakan solat Jumaat.
Alhamdulillah, balai di SMAMA sentiasa diimarahkan, solat berjamaah tak pernah lekang walau satu pun waktu malah diserikan lagi dengan solat-solat sunat qabliah dan baqdiah serta solat-solat sunat yang lain.
Para pelajar asrama dan warga pondok dimestikan solat berjamaah di balai, dengan pakaian yang tertib di tambah amalan sunnah iaitu berserban menambah berkat dan rahmat.
Balai juga diiamarah dengan pengajian kitab umumi, Selain pengerusi JPS dan Ustaz-ustaz di sini, Para pelajar tingkatan enam juga diberi kesempatan dan ruang untuk menyampaikan kuliah, sambil mendidik-didik adik-adik mereka juga dapat menambah ilmu disamping memantapkan lagi penyampaian kuliah mereka. Dalam istilah pondok mereka digelar sebagai "kepala mutalaah", semoga setiap huruf, perkataan dan lafaz yang disampaikan oleh Tuan Guru, Ustaz-ustaz dan kepala-kepala mutalaah disulami dengan keihklasan, keberkatan dan rahmat kasih sayang Allah.
Di antara program dan aktiviti balai yang dilaksanakan sepanjang 2009 ialah dilaksanakan majlis-majlis kebesaran Islam seperti Maulud Nabi, Asyura, nisfu sya'ban dan lain-lain lagi, manakala aktiviti mingguan pula diadakan bacaan yasin setiap malam jumaat, qiyamullail, usrah dan lain-lain lagi. InsyAllah pada tahun hadapan JPS akan memantapkan lagi fungsi balai dan menjadikan balai sebagai nadi utama penggerak dan pembina syakshiah pelajar dan warga pondok ini.. amin.. wassalam. Read More..
Mari Teka-Teki Dalam Bahasa Arab...
..::LAMAN ULAMA::..
..::LAMAN WEB ORGANISASI ISLAM DUNIA::,,
..::LAMAN WEB ISLAMIC::..
..::PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SEDUNIA::..

Halaman Rasmi Ikatan Persaudaraan Islam Jepun
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya

Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Halaman Rasmi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Persatuan Pelajar Malaysia Syria

Halaman Rasmi Persatuan Pelajar Malaysia Syria
Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney

Halaman Rasmi Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Sydney
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Halaman Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
BORANG SMAMA 2017 dan Iklan
..::Bicara Muslim::..
::HADIAH AL-FATIHAH::
::Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Kechik::
..::AL-FATIHAH::..
Allahyarham Tuan Guru Sheikh Mohamad bin Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah KechiK- MANTAN PENGERUSI JPS
::SALAM PERKENALAN::
Mumtaz Juhdi b. Tn. Sheikh Mohamad... Setiusaha JPS & Pengetua SMA Makarimul Akhlak 2011
..::Produk Berkualiti::..
..;;PAUTAN SMAMA::..
::INFO PENTING::
::Dalamilah Hadis::
::IPTA/S MALAYSIA::
..::UNIVERSITY DI MESIR::..





















































