Sistem pengajian Tingkatan Enam Atas di Smama berbeza dengan sekolah-sekolah lain, kerana di Smama kita hanya mengadakan pepeiksaan Shahadah sekolah yang mana dengan shahadah ini akan melayakkan pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terpilih sahaja secara amnya dan secara khususnya di Universiti Fayoum.
Pengajian akan bermula awal Januari sehingga ogos sahaja. Dan sekitar september setiap tahun kita akan menguruskan kemasukan pelajar ke universiti tersebut.
Antara subjek shahadah sekolah ini adalah:
- HIFZ QURAN DAN TAJWID
- NAHU DAN SOROF
- BALAGHAH DAN NAQDI
- ADAB DAN NUSUS
- ARUD DAN KHAFIAH
- FEKAH LUGHAH
- FEKAH SYARIAH ISLAMIAH
- TARIKH ISLAM (ZAMAN PARA NABI DAN AR-RAASHIDIEN)
- ILMU AKHLAK DAN FALSAFAH UMUM
- BAHASA INGGERIS (EROPAH)
Syarat-syarat kemasukan:
- Berasal dari Sekolah Menengah Agama.
- Berumur 18 tahun ke atas
- .Lepasan SPM atau STAM.
- Bersih dari sebarang masalah disiplin.
- Kelas pengajian yang selesa
- Balai talaqi yang selesa
- Asrama Terbuka
- Dewan Kuliah Utama berhawa dingin
- Kantin dan Kedai sekolah
- Dan kemudahan asas yang lain.
Pihak pentadbiran sekolah bukan lah agen mencari keuntungan, kita hanya menguruskan pelajar-pelajar kita yang ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir. Sistem pengajian ini diadakan untuk peperiksaan shahadah mengikut sukatan Universiti Fayoum Mesir.
Sekian Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan