![]() | |||||
Penolong Kanan pentadbiran Ust Mohd Hizmi sedang memantau perjalanan peperiksaan |
22 Oktober 2012, Peperiksaan Taa'lim Arabiah bagi sekolah-sekolah dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah telah diadakan hari ini secara serentak. Di SMAMA seramai 65 orang pelajar menduduki peperiksaan tersebut. Harapan pihak sekolah agar keputusan peperiksaan Taa'lim Arabiah akhir tahun ini akan lebih baik sehingga mencapai 100% lulus, kerana pada peperiksaan yang lalu hampir 98% pelajar smama lulus dengan cemerlang.
Lembaga Pengurusan sekolah melalui pengerusinya mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan semoga kejayaan milik anda semua. Pihak pentadbiran sekolah juga mengharapkan pelajar-pelajar dapat membuktikan kebolehan dan kemampuan mereka seterusnya menatijahkan keputusan yang cemerlang, amin ya Rabbal aa'lamin. Dan terima kasih kepada semua para pendidik SMAMA yang ikhlas mendidik mereka, jasabaik dan pengorbanan kalian amat dihargai dan semoga diganjarkan pahala dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. amin..
0 ulasan:
Catat Ulasan